Buletin

SELEPAS 30 TAHUN, LEXUS EROPAH RAI JUALAN 1 JUTA UNIT KENDERAAN

Lexus Eropah mencatatkan penjualan satu juta unit kenderaan sejak diperkenalkan di benua terbabit pada tahun 1990.

Pencapaian itu direkodkan pada bulan lalu, 30 tahun selepas jenama berkenaan dilancarkan di benua Eropah dengan pengenalan model LS 400 yang meraih 1,158 jualan.

“Permulaan sederhana tetapi ia menandakan detik transformasi pasaran kereta premium.

“LS memberi definisi baharu kereta mewah dari segi prestasi, kecekapan dan ciri-ciri canggih pada sebuah jentera,” kata pengeluar jenama berkenaan.

Model paling laris Lexus merupakan RX yang merupakan SUV hibrid pertama dunia diperkenalkan pada tahun 2000 dengan penjualan 289,284 unit.

Ia diikuti model IS dengan jualan sebanyak 202,210 dan NX iaitu 155,366 unit.

Jenama mewah Toyota ini turut menjual model CT dengan jualan 97,637, GS (74,998), LX (58,234) dan LS (39,059).

Sebanyak 45 peratus kenderaan daripada satu juta unit yang berada di atas jalan raya Eropah sejak tiga dekad lalu merupakan jentera hibrid.

Penjualan syarikat di Eropah Barat hari ini mencatatkan 96 peratus jualan kenderaan elektrik.

 Ia meningkat menjadi 99.7 peratus di United Kingdom (UK) yang menjadi penyumbang kepada lebih daripada satu perempat jualan keseluruhan jenama berkenaan di Eropah Barat.

Pasaran Lexus di Eropah Barat termasuk UK, Norway, Iceland dan Switzerland manakala Turki, Rusia, Ukraine, Kazakhstan,Israel termasuk Wilayah Caucasus. – carscoops

Google ads
Back to top button