
LIVERI JENTERA RALLYCROSS BAHARU TRAVIS PASTRANA KHUSUS UNTUK KENT BLOCK
Pada acara Nitro RX yang akan berlangsung di Quebec hujung minggu ini, Travis Prastrana akan menggunakan liveri baharu untuk kereta lumba Group E yang digunakan. Ia merupakan satu penghormatan untuk sahabat beliau, Kent Block.

Liveri ini pernah digunakan oleh Block pada jentera rali Subaru STI 2005 milik. Corak snow-camo merupakan antara liveri pertama Block dan dilengkapi dengan initial Block. Ingatkan Kota Bharu tadi.
Block mula menyertai arena rallycross pada tahun 2005 bersama dengan Pastrana. Keduanya merupakan rakan sepasukan dan bergandingan dengan Vermont SportsCar (VSC). VSC menyediakan 2 buah Subaru untuk pasangan ini gunakan dalam perlumbaan rali dan Gumball 3000. Menurut VSC lagi, corak snow-camo ialah idea Block sendiri. Kreatif betul mamat ni.

Ia merupakan salah satu corak yang berasal dari perniagaan papan luncur salji keluaran DC Shoes yang diasaskan oleh Block dan beliau yakin ia akan kelihatan hebat jika digunakan pada badan kereta.
Logo DC Shoes kini digantikan dengan huruf KB besar dan berwarna emas sebagai penghargaan terhadap Kent Block. Belum dapat dipastikan sama ada liveri akan dikekalkan sepanjang musim ataupun khusus untuk penampilan di Quebec ini sahaja.
Kalau nak tonton perlumbaan ini tak payah sakit-sakit kepala fikir nak tonton kat mana kerana ia akan disiarkan di saluran NitroRallycross di laman Youtube. Beli je keropok lekor sambil-sambil layan rallycross ni.
