Buletin

LAYAN OI VIDEO GYMKHANA 2020. HIDANG AKSI DRIF, DONUT, LOMPAT BOT LAJU!!!

Subaru dan Hoonigan kembali berkolaborasi dalam menjayakan Gymkhana 2020.

Dibintangi Travis Pastrana dan WRX STI dengan kuasa 862 hp, video yang menyajikan pelabagi aksi menarik tersebut dirakam di Annapolis, Maryland, Amerika Syarikat (AS).

Pada permulaan video, ia agak perlahan tetapi Pastrana menunjukkan aksi lagak ngeri dengan melompat bot laju Hoonigan disudahi dengan daratan kemas.

Babak seterusnya, dia melakukan drif di kawasan parkir sambil ‘menendang’ bola belon menggunakan bahagian belakang jentera.

Selepas melakukan aksi drif, Pastrana menggayakan aksi donut berirama pula bersama jentera BRZ 2020 pada tiang lampu.

Video berkenaan turut menyaksikan dia melakukan drif di kawasan pelabuhan dengan melalui di bawah bot besar.

Pastrana terus menunjukkan skillnya apabila tayar jentera berada di bucu jeti sebelum meneruskan aksi di lapangan terbang.

Pastrana memecut di landasan kapal terbang dan membuat lompatan sambil berpusing 360-darjah di tengah-tengah landasan berdepan dengan sebuah pesawat lumba Red Bull.

Seterusnya aksi dibawa ke jalan pinggir bandar apabila dia memecut Impreza itu di jalan raya dua lorong mencecah kelajuan melebihi 241 km/j untuk sampai ke rumahnya.

Dia berkata membikin video pertama Gymkhana ini merupakan pengalaman yang sangat menakjubkan.

“Saya sangat teruja diberi peluang untuk melakukan video ini apatah lagi penggambaran mengambil tempat di kampung halaman sendiri,” ujarnya. – carscoops.

Google ads
Back to top button