
HOONIGAN KELUARKAN VIDEO PENGHORMATAN UNTUK KENT BLOCK – SYAHDU PULAK RASANYA
Syarikat milik Kent Block, Hoonigan Industries baharu saja menyiarkan satu video penghormatan untuk memperingati bos mereka, Kent Block. Video bermula dengan sesi borak santai Brian Scotto dan kru-kru Hoonigan menjelaskan kenapa video ini agak lewat dihasilkan. Menurut Scotto mereka semua masih bersedih dan perlukan masa secukupnya untuk bangkit selepas kehilangan seorang pemimpan dan mentor yang dihormati.

Bahagian penghujung menunjukkan Block menikmati kehidupan sebagaimana yang diimpikannya dan semestinya disusuli video ikonik Block melakukan drift dengan Mustang Hoonicorn pada selekoh gunung Pikes Peak.
Hoonicorn juga menyambung yang mereka turut akan mengeluarkan beberapa episoh video yang memaparkan Block yang dirasakan perlu dikongsi bersama orang ramai untuk memberikan inspirasi kepada semua. Ia mungkin akan dilaksanakan pada bulan Februari ini dan berlatarbelakang sekitar Los Angeles.
Cuma mereka meminta para peminat dapat bersabar kerana semua kakitangan Hoonigan masih berkabung dan dalam keadaan sukar untuk kembali bekerja seperti sedia kala. Jadi kelewatan tu memang tidak dapat dielakkan la. Namun mereka masih berterima kasih kepada peminat di seluruh dunia kerana berkongsi kesedihan dan atas kata-kata semangat untuk seluruh warga Hoonigan.
Montaj selama 6-minit Kent Block ini asalnya dikhusukan untuk tatapan keluarga dan kenalan terdekat tapi mereka merasa ia perlu dikongsi bersama peminat agar mereka lebih mengenali Kent Block dengan lebih dekat.
Video penghormatan ini khusus untuk mengingati Block bukan hanya sebagai seorang pemandu hebat tapi juga sebagai penghibur, ahli perniagaan, suami dan bapa terbaik. Ia sebagai tanda ingatan kepada semua peminat tentang berapa bakat, tenaga dan kreativiti yang dicurahkan oleh Block untuk dunia automotif dan sukan motor keseluruhannya.
Selamat jalan Kent Block.
