Buletin

FORD JALIN KERJASAMA DENGAN RED BULL, KEMBALI KE F1 2026

Ford kini kembali ke sukan berprestij Formula One di mana mereka bekerjasama dengan Red Bull Powertrains untuk menghasilkan unit trenkuasa hibrid untuk musim perlumbaan 2026.

Enjin baharu ini akan menjadi nadi utama jentera F1 bagi Oracle Red Bull Racing dan Scuderia AlphaTauri sekurang-kurangnya sehingga 2030.

Pembangunan unit enjin baharu itu akan bermula pada tahun ini, di mana ia akan menampilkan motor elektrik berkuasa 350 kW dan mampu menerima bahan api sintetik.

Ford juga akan membekalkan kepakaran kepada Red Bull Powertrains di dalam aspek enjin pembakaran dalaman, sel bateri, motor elektrik, perisian unit kawalan kuasa dan juga analisis.

Kali terakhir Ford menyertai F1 adalah pada tahun 2004, dan sepanjang tempoh kempen pengeluar itu telah berjaya memenangi 10 kejuaraan pengeluar dan 13 kejuaraan pemandu. – Motor1

Google ads
Back to top button