Buletin

FORD KUGA 2016 DILANCARKAN DI BARCELONA

Ford memperkenalkan Kuga 2016 di MWC, Barcelona. Versi baharu itu menawarkan teknologi tinggi dan rekaan sporty, sesuai dengan selera pelanggan SUV di Eropah.

Ford- kuga-2016-mekanika (2)

Kuga didatangkan dengan gril trapezoidal lebih besar pada bahagian atas dan gril bawahnya sedikit kecil. Kombinasi lampu hadapan yang bergaya bersama lampu LED nyalaan siang menyerlahkan imej Kuga.

Kedua-dua lampu kabus dan lampu belakang telah menerima kemas kini. Ford menawarkan rim aloi 17, 18 dan 19 inci dengan kemasan baharu seperti Luster Nickel. Ford juga menambah dua warna baru iaitu Guard Grey dan Copper Pulse.

Ford- kuga-2016-mekanika (4)

Bahagian kabin kini dilengkapi dengan kawalan pendingin hawa yang lebih segar dan roda stereng dikemas kini. Ford menawarkan pilihan ciri pemanas pada stereng. Perubahan lain termasuk brek parkir elektronik dan indikator pengunci pintu.

Kuga juga menerima sistem hiburan SYNC 3 bersama skrin sentuh 8-inci. Sistem itu boleh disambungkan dengan Android Auto dan Apple CarPlay.

Ford- kuga-2016-mekanika (5)

Ford mengetengahkan beberapa ciri yang pertama kali dipasang pada Kuga. Antaranya ialah adaptive front lighting system, sports curve control, torque vectoring control serta Active City Stop yang telah dipertingkatkan. Lebih menarik,  SYNC 3 kini mampu dioperasikan hanya dengan pergerakan tangan.

Ford Kuga didatangkan dengan enjin diesel TDCi diesel 1.5 liter yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 120PS. Enjin ini menggantikan 2.0 liter TDCi sebelumnya.

Ford- kuga-2016-mekanika (3)

Kuasa yang dihasilkan masih sama, tetapi kecekapan bahan api dikatakan meningkat sebanyak 5 peratus. Selain itu, Ford Kuga TDCi diesel 2.0 liter  pula berupaya menjana kuasa 150 PS dan 180 PS yang dipadankan dengan Intelligent All Wheel Drive.

Bagi enjin petrol bersesaran 1.5 liter, ia mampu menghasilkan tenaga 120 PS dan 159 PS. Sementara bagi varian Intelligent All Wheel Drive, enjinnya berkuasa 182PS.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button