Motosikal

KUASA BUAS VICTORY OCTANE

 Victory,  syarikat berlandaskan prestasi telah memulakan 2016 menerusi pengenalan Victory Octane.

3

Teaser model tersebut mula dipaparkan sejak enam bulan lalu bermula dengan Projek 156 yang kemudian beralih kepada  Ignition concept pada Milan motorcycle show , November lalu. Sebelum bergerak kepada Combustion concept.

Didedahkan pertama kali, Victory Octane menggunakan enjin bersesaran 1,179cc, penyejukan cecair V-twin yang menghasilkan kuasa 104bhp dan tork setinggi 73ft lbs. Rev enjin V-twin itu juga tinggi mencecah 8,000rpm. Ia adalah hasil penggunaan lejang pendek yang dibangunkan daripada enjin prototaip yang boleh dilihat pada Project 156.

10

Enjin 60 darjah itu dikatakan lebih pantas apabila pecutan dari sifar ke 96km/j mampu dilakukan dalam tempoh 4 saat.

Rangka aluminium tuang baharu menyumbang kepada casis cruiser lebih sporty berbanding model motosikal Amerika sebelumnya.

9

Harga jualan di pasaran UK adalah kompetitif iaitu sekitar £9,799 (RM58,000) dan akan berada di pasaran pada Jun hadapan.

Suspensi hadapan dipasangkan dengan fork konvensional 41mm bersama spring dwi-rate. Suspensi belakangnya dilengkapi penyerap hentak berkembar yang boleh dilaras.

7

Tugas membrek diserahkan kepada cakera brek tunggal keluli tahan karat bersaiz 298mm dan ABS sebagai standard.

Melengkapkan itu, rodanya terdiri daripada rim 18 inci aluminium tuang 10 jejari. Tayar hadapan bersaiz  130/70 dan belakang 160/60.

1

Satu perkara yang hampir hilang daripada model Octane adalah kemasan krom. Victory memilih warna hitam bagi melengkapkan badan berwarna kelabu Octane. Malah, lencana pada tangki juga dikemaskan dengan warna kelabu dan bukannya krom berkilat.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button