Motosikal

A.P HONDA THAILAND LANCAR MSX125SF!

A.P. Honda Thailand hari ini melancarkan versi model Street Fighter Honda MSX125. Ditawarkan pada harga Baht 70,500 (RM8,000) seunit, Honda MiniStreetXtreme 125 dikenali sebagai Grom di pasaran lain.  

Honda-MSX125SF-Thailand-mekanika (8)

Sebenarnya, Honda Grom turut dijenamakan semula oleh Motrac sebagai Motrac M3 di beberapa pasaran. Pendek kata, motosikal ini memang popular dan unik.

Model facelift MSX125SF masih menggunakan khidmat enjin sama bersesaran 124.9cc dengan sistem penyejukan cecair yang diletakkan secara melintang. Enjin empat lejang dengan PGM-Fuel Injected  dan single overhead camshaft itu mampu menghasilkan kuasa mencecah 9.65hp @ 7,000rpm dan tork maksimum 10.9Nm @ 5,500rpm.

Honda-MSX125SF-Thailand-mekanika (1)

Kuasa tersebut dihantar ke roda menerusi kotak gear empat kelajuan. MSX125SF hanya seberat 103kg. Dengan kuasa begitu, ia pasti dapat menawarkan pengalaman tunggangan yang mengujakan.

Roda hadapan menerima suspensi fork terbalik, manakala bahagian belakang pula menggunakan penyerap hentak tunggal.

Honda-MSX125SF-Thailand-mekanika (2)

Tugas menghentikan jentera ini diserahkan kepada cakera tunggal bersaiz 220mm dengan angkup hidraulik omboh berkembar pada roda hadapan. Brek belakang pula terdiri daripada cakera 190mm dengan angkup hidraulik omboh tunggal.

Antara pembaharuan yang diterima oleh Honda MSX125 SF ialah dua lampu utama dengan garis LED berwarna biru, tabung ekzosnya diletakkan dekat roda belakang (bawah tempat duduk untuk Grom). Konsol instrumen kini terdiri daripada meter digital sepenuhnya. Perubahan juga dibuat pada penutup tangki minyak.

Honda-MSX125SF-Thailand-mekanika (5)

Honda MSX125 SF didatangkan dalam empat warna menarik iaitu kuning, merah, hitam dan putih.

Untuk mempromosikan produk terbaharu ini, A.P Honda Thailand memperkenalkan empat video pendek demi menyerlahkan keupayaan MSX125 SF. Enjoy!

Tags
Google ads
Back to top button