Buletin

FORD MONDEO BAHARU – RM203,711

Ford baru-baru ini memperkenalkan kedatangan penambahan terbaharu dalam rangkaian model tawarannya – sedan Mondeo baharu yang kemas dan sofistikated.

Ford-Mondeo-facelift-mekanika (1)

Ditawarkan pada harga RM198,000 di atas jalan (RM203,771 termasuk insurans) di Semenanjung Malaysia, Mondeo baharu hadir dalam empat warna bergaya iaitu putih,  merah, hitam, dan perak.

Mondeo baharu memiliki profil sebuah jentera sport coupe menerusi garis bumbung yang rendah. Profil sisinya pula direka supaya kelihatan menarik dari segi visualnya. Reka bentuk bahagian hadapan yang elegan dan teknikal nyata menyerlah dengan gril berbentuk trapezoidal, bonet serta rekaan lampu utama yang nipis dan dipotong menggunakan lazer.

Ford-Mondeo-facelift-mekanika (6)

Pada ruang dalaman, pemandu boleh menikmati kabin yang sporty dan rasa seperti berada di dalam sebuah kokpit. Ia tampil dengan rekaan simetrikal yang mudah diakses oleh pemandu dan penumpang hadapan.

Sedan tersebut dikuasakan oleh enjin 2.0L EcoBoost® Ford yang berupaya menjana kuasa mencecah 240PS, tork 345Nm dan kelajuan maksimum 240km/j. Dipadankan dengan transmisi automatik SelectShift enam kelajuan dan paddle shifter , Mondeo memang menawarkan prestasi yang mengagumkan.

Ford-Mondeo-facelift-mekanika (3)

Kombinasi sistem pengecas turbo, pancitan terus bahan api dan pemasaan aci sesondol boleh ubah bebas berkembar (twin independent variable camshaft timing, Ti-VCT) pada enjin EcoBoost® Ford menawarkan  penjimatan bahan api sehingga 8L/100km2. Sekali gus mampu memberikan kombinasi kuasa dan penjimatan yang tiada tandingan.

Bukan itu sahaja, Mondeo baharu menampilkan sejumlah teknologi pintar, termasuklah ciri MyKey® Ford yang eksklusif. MyKey membolehkan pemandu memprogramkan kunci tersebut dengan beberapa tetapan seperti menetapkan had kelajuan maksimum, amaran pemakaian tali pinggang keledar dan volum maksimum sistem audio.

Ford-Mondeo-facelift-mekanika (4)

Sistem ketersambungan SYNC 2 Ford pula merangkumi sebuah skrin sentuh berwarna lebih besar bersaiz lapan inci untuk mengoperasikan sistem hiburan, pendingin hawa dan telefon menggunakan arahan suara yang intuitif.

Teknologi canggih pada Mondeo diteruskan kepada lampunya. Lampu utama LED sepenuhnya itu digabungkan dengan sistem lampu hadapan adaptif Ford untuk meningkatkan pandangan pemandu ke kawasan sekelilingnya.

Ford-Mondeo-facelift-mekanika (5)

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.ford.com.my.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button