Buletin

GOODYEAR BERI BAYANGAN TAYAR TANPA UDARA IA AKAN DIGUNA PAKAI PADA 2030. KENAPA LAMA SANGAT?

Kita telah melihat tayar yang tidak memerlukan udara sejak beberapa dekad lalu, namun syarikat seperti Michelin dan Goodyear mengatakan produk ini mungkin hanya tersedia di pasaran selewat-lewatnya pada tahun 2024 hingga 2030. Apakah menyebabkan ia mengambil masa begitu lama untuk dipasarkan?

Meskipun tayar airless ini digunakan oleh NASA di bulan, namun di bumi, ia lebih sukar kerana pertama sekali, ia harus direka bentuk sebelum mengeluarkannya. Proses tersebut melibatkan aspek kos dan ketahanan.  

Untuk tayar pneumatik getah, haba adalah musuh terbesar untuk tayar sebegini. Ini kerana ketika tayar tersebut digunakan atas jalan raya, ia akan menghasilkan haba. Justeru, wujud kebimbangan mengenai kecekapan tayar itu ketika di atas jalan raya.

Walau bagaimanapun, jika terdapat elemen sokongan dalam tayar, ia mungkin mampu untuk mengendalikan kemampatan, perubahan bentuk dan semua impak pada tayar.

Pada asasnya, tayar mempunyai empat komponen utama iaitu bunga, jalur ricih, web penghubung dan hab. Bunga adalah bahagian yang diperbuat daripada getah serta polimer lain. Manakala jalur ricih pula berfungsi sebagai ‘pakej tali pinggang pada jejari tayar.’

Web penghubung pula perlu diperbuat dari termoplastik. Dari web penghubung tersebut, ia akan disambungkan pada gandar kenderaan.

Suka diingatkan bahawa tayar ini tidak mempunyai bahan didalamnya untuk memastikan udara masuk. Dengan adanya termoplastik, ia membolehkan rupa bentuk tayar kekal atau mampu disesuaikan dalam apa jua kondisi jalan raya.

Tidak kira betapa tahan lama atau jimat bahan api dengan penggunaan tayar tanpa udara, faktor nombor satu dalam menawarkan apa jua teknologi baharu kepada orang ramai ialah keselamatan.

Hal ini diperincikan dengan mengira jumlah beban serta saiz tayar. Selain itu, faktor lain adalah tahap ketahanan tayar tanpa udara ketika mencapai kelajuan tertentu. Sehingga ke hari ini, menurut ujian dilakukan, ia hanya mampu bergerak sepantas 35 batu sejam. Ini bermakna tayar tanpa udara hanya mampu mencapai kelajuan begitu perlahan.

Namun, sebagai sebuah syarikat yang menghasilkan lebih daripada 150 juta tayar setahun, Goodyear mendakwa tayar tanpa udaranya tidak akan berada di jalan raya sehingga 2030.

Bagi Goodyear, isu ketahanan, kemampanan serta keselamatan adalah sangat penting dalam memastikan ia terjamin ketika digunakan. Ia juga harus datang sekali dengan kesedaran penjagaan tayar oleh pengguna.

Google ads
"
"
Back to top button