Buletin

PERSONA FLUIDIC SCULPTURE 2.0 HYUNDAI TUCSON

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru sahaja melancarkan model SUV Tuscon generasi ketiga.  

Hyundai-Tucson-launch-mekanika (1)

Menggabungkan aspek sporty dan rekaan menarik, Tucson dijangka mengujakan lagi pasaran SUV yang sudah pun begitu sengit.

Bagi memenuhi ekspektasi pelanggannya, bahagian luaran dan dalaman Tucson dibina berdasarkan kepada bahasa rekaan Fluidic Sculpture 2.0.

Hyundai-Tucson-launch-mekanika (6)

SUV kompak yang dipasang tempatan ini hadir dalam dua varian iaitu Elegance dan Executive dengan satu pilihan enjin Nu 2.0 MPI. Mampu menjana kuasa 155PS dan tork maksimum  192Nm, enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan.

Selari dengan hala tuju jenama moden premium, HSDM akan menawarkan nilai-nilai baharu kepada pelanggan menerusi cara yang unik.

Hyundai-Tucson-launch-mekanika (3)

Tucson didatangkan dalam warna putih, perak, kelabu, tembaga, biru, merah dan hitam. Lebih menarik lagi, pelanggan boleh memilih kemasan tempat duduk sama ada warna hitam, putih atau merah.

Bahagian hadapan Tucson menyerlah menerusi gril radiator yang lebar berbentuk heksagon serta sepasang lampu nyalaan siang LED. melihat dari arah sisi dan belakang, sifat maskulin SUV ini memang menonjol.

Hyundai-Tucson-launch-mekanika (7)

Tucson dibina menggunakan lebih 50 peratus besi kekuatan tinggi (AHSS) yang cangggih.  Aspek keselamatan kemudian dipertingkatkan lagi menerusi ciri-ciri seperti sistem Vehicle Stability Management (VSM), Hillstart Assist Control (HAC), Downhill Brake Control (DBC) dan the Electric Parking Brake (EPB) dengan Automatic Vehicle Hold. Varian Elegance dilengkapi dua beg udara dan Executive ada enam beg udara.

Hyundai-Tucson-launch-mekanika (4)

Model pacuan dua roda ini ditawarkan pada harga permulaan RM125,311 untuk varian Executive dan RM138,925 (Executive). Harga itu termasuk GST, tanpa yuran pendaftaran, cukai jalan, insuran dan sebagainya.

Hyundai-Tucson-launch-mekanika (15)

Menurut HSDM, harga kedua-dua varian itu akan naik sebanyak RM3,000 mulai Januari 2016. Namun begitu, untuk memberi ketenangan minda kepada pemiliknya, Tucson hadir bersama servis percuma sebanyak enam kali atau sejauh 50,000km (sah selama tiga tahun).

GALERI

Hyundai-Tucson-launch-mekanika (8)Hyundai-Tucson-launch-mekanika (10)Hyundai-Tucson-launch-mekanika (11)Hyundai-Tucson-launch-mekanika (12)Hyundai-Tucson-launch-mekanika (9)Hyundai-Tucson-launch-mekanika (5)Hyundai-Tucson-launch-mekanika (13)

Google ads
Back to top button