Buletin

FORD RANGER WILDTRAK JETBLACK EDISI TERHAD – RM141,588

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini memperkenalkan Ford Ranger WildTrak Jet Black edisi terhad.

Boleh didapati di semua bilik pameranFord di seluruh negara,  trak pikap yang tampil dengan warna htam itu memang kelihatan begitu menarik. Sebagai varian paling tinggi dalam rangkaian model Ranger, ia dilengkapi pelbagai ciri pintar.

Antara ialah sistem infotaimen SYNC 3 yang telah dipertingkatkan. Sistem ketesambungan di dalam kereta generasi terkini itu terdiri daripada skrin sentuh bersaiz lapan inci. Ia membolehkan anda mengoperasikan telefon, hiburan dan pendingin hawa menggunakan arahan suara yang mudah.

“Ford Ranger WildTrak Jet Black edisi terhad yang rugged ini dibina untuk memberikan ketenangan minda, tidak kira di mana pun tempat kerja anda,” kata Pengarah Urusan SDAC, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

Ford Ranger Wildtrak dikuasakan oleh enjin 3.2 liter Duratorq lima silinder. Pikap trak itu memiliki kapasiti mengangkut beban paling tinggi dalam segmennya sehingga 1,200kg dan keupayaan meredah air sedalam  800mm.

Ranger WildTrak Jet Black juga dipasag dengan pakej keselamatan pasif dan aktif yang lengkap. Antaranya termasuklah enam beg udara, Lane Keeping Aid, Adaptive Cruise Control, Electronic Stability Control (ESC) dan ISOFIX. Ia menjadi satu-satunya trak pikap di Malaysia yang dilengkapi alat pengesan parkir di bahagian hadapan dan belakang.

Ford Ranger WildTrak Jet Black edisi terhad ditawarkan pada harga RM141,588 seunit.

BACA: FORD RANGER KEMBALI DIPASARKAN DI AMERIKA

Google ads
Back to top button