Buletin

FORD TAWAR PROMOSI 4 SERVIS KENDERAAN PERCUMA. REBAT TUNAI SEHINGGA RM7K UNTUK RANGER XL & XLT

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengeluar tunggal jenama Ford di Malaysia, kini memperkenalkan promosi baharu dengan menawarkan empat servis kenderaan percuma dan pilihan rebat tunai bagi varian Ranger terpilih sehingga 31 Disember 2020.

Promosi ini menawarkan lebih banyak penjimatan kepada para pelanggan yang membeli varian-varian Ford Ranger Raptor, WildTrak dan XLT Plus.

Mereka boleh memilih di antara empat servis kenderaan percuma yang bersamaan dengan penyelangaraan percuma selama dua tahun atau sehingga 40,000km (mana-mana tiba dahulu) atau rebat tunai bernilai RM2,000.

Bagi varian Ranger XL dan XLT, pelanggan layak menikmati rebat tunai sehingga RM7,000.

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan pilihan penjimatan yang lebih baik kepada pelanggan, sama ada empat servis kenderaan percuma atau rebat tunai bagi model Ranger.

“Dengan penjimatan ini, para pelanggan Ford diberi alternatif dalam berbelanja,” kata Syed Pengarah Urusan SDAC, Ahmad Muzri Syed Faiz.

Google ads
Back to top button