
FORD PERFORMANCE TAWARKAN ENJIN 7300CC GODZILLA, 1114 HP
Ford Performance telah bersedia untuk menawarkan satu enjin paling besar yang pernah dihasilkan oleh mereka dari katalog jualan mereka. Enjin 7300cc petrol V-8 akan dijual pada mana-mana pihak yang sudi membelinya. Di Amerika, engine ini boleh dibeli secara atas talian dan akan dihantar dalam masa kurang 24 jam setelah dibayar
Tambahan pula Ford sedia menghantar enjin ini secara percuma kepada pelanggan mereka. Enjin 7300cc Godzilla ini ditawarkan dengan harga RM 33,643 oleh Gord Performance tidak termasuk dengan cukai. Jika anda melanggan email promosi mereka, anda akan diberikan promosi sebanyak 10%. Sebagai perbandingan enjin Ford Mustang 5000cc ditawarkan pada harga RM39,216
Enjin lantai yang dibekalkan oleh Ford ini sebenarnya agak ringkas dari aspek aksesori dan pembeli perlu pandai melakukan pengubahsuaian bergantung pada kehendak mereka. Enjin Godzilla 7300cc ini akan datang dengan intake manifold, throttle body, manifold ekzos, oil pan, penyejuk minyak enjin, pendawaian sistem penghidup dan juga braket untuk mengangkat enjin

Dah nama modifikasi, pembeli perlu mencari sendiri kotak gear, sistem elektronik (Elektronic Control Management), pam sistem stering, alternator dan beberapa perkakas lain. Dalam keadaan standard enjin ini berupaya menghasilkan 430 kuasa kuda dan 644Nm tork pada 4000RPM, sama seperti pikap Ford Superduty
Namun enjin ini pernah digunakan dalam eksperimen peminat kereta di Australia menyaksikan dengan penggunaan supercaj serta bahan api E85, Godzilla berjaya menghasilkan 1015 kuasa kuda dengan tekanan boost 20psi. Ia juga mengasilkan tork setinggi 1339Nm bersama-sama throttle body 102mm.
Tuner di Amerika Merkel Racing Engine pula menala enjin Godzilla ini dengan penggunaan turbo berkembar bagi menghasilkan 1114 kuasa kuda pada 5800 RPM. Ia hanya dicapai dengan menggunakan turbo 7875 VS Racing bersama sama dengan aci sesondol, piston dan rod penyambung OEM asal.

Dari segi rekaan, enjin ini cukup kompak sehingga jurutera Ford mengesahkan bahawa enjin ini boleh dipasang pada Ford Ranger dengan sistem Over Head Valve . Blok silinder dihasilkan dari keluli tuang pada sudut 90 darjah V8. Untuk meringankan berat, kepala silinder dan piston enjin ini dihasilkan dari aluminium.
Aci engkol yang menerima tekanan tinggi pula dihasilkan dengan kaedah tempaan dan dihasilkan dari keluli. Rod penyambung dibuat dengan kaedah cracked powder berbanding dengan kaedah casting bagi menghasilkan kekuatan yang tingg. Nisbah mampatan ditetapkan pada 10.5:1, agak tinggi untuk enjin turbo