Buletin

FORMULA BARU PETRONAS DIESEL EURO 5 PRO-DRIVE, LEBIH SESUAI UNTUK ENJIN MODEN

Petronas bukanlah syarikat pertama yang memperkenalkan bahan api diesel spesifikasi Euro 5. Namun mereka sentiasa gigih membangunkan teknologi terbaik untuk pengguna.

Hari ini, mereka perkenalkan versi terbaru yang dikenali sebagai Euro 5 Pro-Drive. Ia adalah produk yang dibangunkan daripada pengalaman Petronas dalam bidang perlumbaan Dakar Rally.

Petronas menyertai perlumbaan rali paling lasak di dunia itu menerusi pasukan Petronas De Roy IVECO. Ia merupakan usahasama Petronas bersama IVECO, pengeluar kenderaan indusri dari Itali.

Kelasakan sukan tersebut membolehkan Petronas belajar daripada rakan teknikal mereka tentang keperluan diesel untuk enjin moden dan prestasi tinggi.

Berbeza dengan enjin-enjin diesel yang dihasilkan 10 tahun dahulu, hari ini teknologi common-rail-direct-injection, turbo pelbagai tekanan dan diesel prestasi tinggi sudah menjadi trend pengeluar dalam industri automotif.

Justeru, Petronas perlu mengikut arus dan hasilnya kerja keras pasukan penyelidik mereka berjaya hasilkan formula terkini Dynamic Disel Euro 5 Pro-Drive.

Menurut Petronas, terdapat TIGA ciri utama Petronas Dynamic Disel Euro 5 Pro-Drive.

  1. BERSIH – Membersih dan melindungi enjin disel supaya tahan lebih lama.
  2. EFISYEN – Meningkatkan pembakaran, mengoptimakan prestasi enjin dan menjimatkan penggunaan bahan api
  3. LANCAR – Enjin lebih mudah dihidupkan, kurang gegaran dan pemanduan lebih lancar.

Petronas Dynamic Disel Euro 5 Pro-Drive kini ditawarkan di 58 stesen terpiilh. Ia akan diperluaskan tahun hadapan ke 115 stesen. Menjelang tahun 2020, ia akan berada di semua stesen Petronas di seluruh negara.

Google ads
Back to top button