Artikel Pilihan

AMG VISION GRAN TURISMO: SUPERCAR UNTUK SUPERHERO

Memang tak dapat dinafikan filem boleh dikatakan medium pengiklanan yang terbaik. Di sinilah penggiat-penggiat filem dan juga pengeluar-pengeluar kereta akan bertemu dan menampilkan kreativiti dan mendapat publisiti.

Oleh itu, sempena tayangan filem Justice League minggu ni, diperkenalkan kepada anda jentera yang digunapakai oleh salah seorang watak utamanya iaitu Bruce Wayne atau Batman. Dalam filem ini, wataknya Bruce seperti peminatnya sedia maklum memang antara manusia terkaya di muka bumi. Jadi kereta mesti mau gempak, terkini dan seksi.

Untuk filem ini, pihak Marvel telah menjalinkan kerjasama dengan pihak Mercedes dan untuk itu, filem ini menerima beberapa model dari Mercedes. Paling menonjol tentunya model AMG Vision Gran Turismo.

Ini bukan Batmobil tapi kenderaan pemanduan harian Bruce Wayne ketika menjadi orang awam.

Muncul pertama kali secara digital dalam permainan video Gran Turismo 6 pada 2013 dan kemudiannya ia telah diperkenalkan sebagai kereta konsep sempena pembukaan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Mercedes-Benz di Sunnyvale, California.

Apa yang menarik, pengarah filem ini iaitu Zack Snyder sebenarnya telah terlihat kereta ini dalam permainan video tersebut. Atas permintaannya kereta ini telah direalisasikan oleh pihak Mercedes yang mana ia telah dibesarkan sebanyak 10% terutama bahagian dalaman bagi memudahkan pemegang watak Bruce wayne iaitu Ben Affleck yang setinggi 6.4-kaki itu masuk dengan mudah.

Kereta ini tampil dengan pintu gullwing, papan pemuka serta stereng serba canggih, panel-panel iluminasi termasuklah tempat duduk sport. Cermin sisi pula pula digantikan dengan kamera pandang sisi. Tak lupa juga kereta ini dibekalkan dengan enjin V8 yang berkuasa 577 kuasa kuda.

Turut tampil dalam filem ini ialah model Mercedes yang lain seperti E-Class Cabriolet yang dipandu watak Gal Gadot yang melakonkan watak Wonder Woman dan juga model G-Class 4×42.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button