Buletin

FRANCO MORBIDELLI AKAN BERLUMBA DI RALLY MONZA

Sebaik sahaja tamat kalendar perlumban MotoGP musim 2020 yang penuh mendebarkan, pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT Franco Morbidelli akhirnya mengesahkan bakal beraksi dalam perlumbaan terakhir kalendar WRC musim ini di ACI Rally Monza pada 3 – 6 Disember nanti.

Franco Morbidelli baharu sahaja menamatkan kempen MotoGP 2020 ini dengan agak bergaya juga dengan 3 kemenangan, 5 podium serta berada di kedudukan tempat kedua keseluruhan. Kini pelumba kelahiran Rome itu bersedia untuk menambah portfolio perlumbaan beliau dengan menyertai perlumbaan terakhir WRC di bumi kelahiran beliau sendiri.

Franco Morbidelli kelak bakal memandu jentera rali Hyundai i20 R5 bersama pasukan Hyundai Rally Team Italia dan berlumba dalam kategori WRC3. Pelumba yang turut mempunyai darah Brazil melalui ibu turut mengakui teruja dengan peluang yang diberikan oleh Matteo Ballarin selaku Presiden WITHU.

“Ianya pasti menyeronokkan walaupun saya terpaksa mempelajari dengan pantas tentang segalanya dan pastinya tidak mudah untuk mengadaptasikan perlumbaan empat roda dalam masa yang singkat”, ujur Franco Morbidelli.

Dan untuk memastikan Franco Morbideli berupaya mencatatkan masa yang baik tanpa merempuh tembok litar, beliau akan segera berlatih bersama Umberto Scandola selaku rakan sepasukan. Namun hasrat untuk melihat mentor Franco Morbidelli, pakcik Valentino Rossi turut sama beraksi di Monza tampak samar. Jadilah ada seorang wakil selebriti Itali beraksi di Monza nanti.

Sementara itu, pasukan Hyundai Shell Mobis tampaknya benar benar serius mahu mempertahankan kejuaran kategori Pembuat apabila memutuskan untuk kembali menggunakan pelumba Sepanyol Dani Sordo di Monza berbanding cadangan asal untuk menggunakan Craig Breen.

Dani Sordo yang memenangi perlumbaan di Sardinia sebelum ini, bakal memandu jentera ketiga Hyundai i20 WRC disamping Ott Tanak dan Thierry Neuville kelak. Sudah tentu percaturan penuh taktikal ini dijangka berupaya membantu Thierry Neuville yang ketinggalan 24 mata di belakang pendahulu Elfyn Evans sekali gus mencatat pungutan mata untuk pasukan.

Apatah lagi Dani Sordo sendiri sebelum ini pernah memenangi dua kali Monza Rally Show, walaupun ianya ketika itu hanya berstatus pertunjukan. Namun pengalaman yang dipunya oleh Dani Sordo pasti ditagih oleh Andrea Adamo selaku Prinsipal Pasukan.

Sedang tumpuan juga pasti terarah kepada Thierry Neuville untuk memenangi perlumbaan di Monza sambil mengharapkan Dani Sordo juga berupaya mengutip mata penting untuk mengacau kedudukan Elfyn Evans kelak.

BACA : WRC 2020 – VALENTINO ROSI UNTUK RALLY MONZA

BACA : WRC 2020 – DANI SORDO MENANG RALLY ITALIA

Google ads

B K

Back to top button