Buletin

WRC 2020 – DANI SORDO MENANG RALLY ITALIA

Hujung minggu sudah berlangsungnya perlumbaan Rally Italia Sardegna dengan pelumba pasukan Hyundia, Dani Sordo dan juruarah Carlos Del Barrio berjaya memenangi perlumbaan yang cukup sengit dan mencabar di Kepulauan Mediterranean.

Kejayaan pemandu dari Sepanyol ini di bumi Itali dilihat cukup membanggakan, sementelah Dani Sordo hanya berlumba dua kali sahaja bagi musim ini. Ternyata keputusan Hyundai Shell Mobis untuk memanggil kembali khidmat Dani Sordo cukup berbaloi. Tahun sudah juga Dani Sordo berjaya memenangi Rally Italia Sardegna. Kira memang handallah dengan permukaan di rali ini.

Dani Sordo juga dilihat konsisten dalam perlumbaan Rally Italia Sardegna sepanjang tiga hari saingan. Kejayaan ini dilihat lebih manis apabila seorang lagi pemandu Hyundai, Thierry Neuville berjaya memenangi di tempat kedua dengan ketinggalan hanya 0.5 saat sahaja di belakang Dani Sordo. Memang sengit betullah kiranya.

Keputusan 1 – 2 ini sememangnya terus memberikan prestasi yang cemerlang buat pasukan Hyundai untuk meneruskan momentum kemenengan. Mujur juga pemandu pasukan lagenda, Sebastian Ogier berjaya menempatkan diri di tempat ketiga, juga dengan defisit masa yang agak tipis juga, 6.1 saat di belakang Thierry Neuville (beza 10 saat dari podium juara).

Kelibat pemandu muda harapan Toyota di masa akan datang, Kalle Rovanperä untuk memberikan aksi cemerlang dilihat seakan membuahkan hasil sebelum beliau terlibat dengan kemalangan yang agak teruk juga sewaktu sesi Shakedown. Namun krew pasukan Toyota sempat juga memperbaiki kerosakan bagi membolehkan pemandu muda dari Finland kembali meneruskan saingan, Namun, permulaan yang kurang baik bertukar menjadi lebih buruk keesokkannya apabila Yaris WRC beliau berpusing dan melanggar pokok hingga menyebabkan kedua roda belakang tercabut.

Dengan keputusan perlumbaan di Itali ini, persaingan sengit membabitkan Thierry Neuville Hyundai dan pendahulu pungutan mata, Elfyn Evans serta rakan sepasukan, Sebastian Ogier untuk merebut mahkota WRC 2020. Ott Tanak barangkali sudah boleh melupakan hasrat untuk mempertahankan kejuaraan dengan ketinggalan di tempat keempat keseluruhan. Beliau hanya berupaya berada di kedudukan keenam keseluruhan di Rally Italia Sardegna ini.

Kedudukan Mata Pemandu

  1. Elfyn Evans – 111 Mata
  2. Sebastian Ogier – 97 Mata
  3. Thierry Neuville – 87 Mata

Kedudukan Mata Pembuat

  1. Hyundai Shell Mobis – 208 Mata
  2. Toyota Gazoo Racing – 201 Mata
  3. M-Sports Ford – 117 Mata

BACA : WRC 2020 – PERSEDIAAN MENGHADAPI RALLY ITALIA SARDEGNA

BACA : WRC 2020 – SEBASTIAN OGIER KEMBALI BANGKIT DI MEXICO

Google ads

B K

Back to top button