WRC 2020 – VALENTINO ROSSI UNTUK RALLY MONZA?
Setelah perkhabaran tentang kemasukan Rally Monza dalam kalendar terakhir untuk perlumbaan WRC 2020 kelak, tidak dapat tidak nama Valentino Rossi pasti akan dipetik peminat mahu pun para penggiat dunia permotoran. Apatah lagi, Valentino Rossi, juga dianggap sebagai lagenda Rally Monza setelah beberapa kali menjuarai perlumbaan tersebut.
Dan kini, desas desus kemungkinan Valentino Rossi untuk membuat kemunculan di trek perlumbaan itu semakin bertiup kencang seiring dengan detik masa berlalu. Pelumba berusia 41 tahun itu sudah tentu di intai oleh pasukan M-Sport Ford untuk kembali beraksi bersama jentera Fiesta WRC. Kali terakhir beliau menang di Monza adalah pada tahun 2018 dengan memandu jentera Ford Fiesta RS WRC berserta dengan livery kuning yang cukup menyerlah.
Menurut Prinspial Pasukan Ford Richard Millener, mereka pasti tertarik untuk kembali bekerjasama dengan lagenda MotoGP tersebut sementelah beberapa kali mereka bekerjasama sebelum ini dalam Monza Rally Show dengan menggunakan jentera Ford. Dan kehadiran Valentino Rossi pada perlumbaan WRC di liter Monza nanti pasti mampu menarik perhatian dan peluang yang bagus untuk WRC sendiri.
Sungguhpun demikian, kita dihubungi, Valentino Rossi hanya berkata “Saya tahu tentang Monza. Ramai orang telah hubungi saya. Tapi perancangannya saya mahu berlumba di Abu Dhabi sama seperti tahun lepas. Tapi kini situasi telah berubah memandangkan ianya kini merupakan perlumbaan terakhir WRC bagi menentukan kejuaraan dan ini membuatkannya lebih menarik. Kita tunggu dan lihat bagaimana,”.
Sementara itu pasukan Hyundai turut tidak mahu ketinggalan untuk membuat persiapan bagi menghadapi perlumbaan terakhir kelak dengan idea membawa masuk nama besar dalam pasukan.
Prinsipal Pasukan Hyundai Andrea Adamo mereka akan menyediakan jentera tambahan untuk itu. Malah beliau tidak menafikan perkara tersebut sambil berkata perkara tersebut sedang diusahakan untuk membawa seseorang ke dalam pasukan Hyundai.
Sementara itu, bekas pelumba F1, Robert Kubica turut dikhabarkan akan membuat kemunculan istimewa di Monza kelak. Untuk rekod, Robert Kubica pernah beraksi dalam WRC diantara tahun 2013 dan 2014 serta pernah memenangi kejuaraan WRC2 pada tahun 2014. Malah, beliau sendiri pernah memenangi Monza Rally Show pada tahun 2014 juga