Buletin

HONDA CIVIC, AUDI A4, MINI COOPER S KLON. TIGA DITAHAN POLIS

Tiga individu ditahan kerana memiliki kenderaan klon dalam Ops Kenderaan Klon di sekitar Banting dan Kajang, Selangor serta Rembau, Negeri Sembilan pada Rabu lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd. Nadzri Hussain berkata, operasi dijalankan hasil maklumatdan risikan Unit Risikan/Operasi JSPT Bukit Aman.

ā€œBertindak atas maklumat, anggota bertugas menghampiri seorang lelaki di hadapan sebuah rumah di Telok Panglima Garang, Selangor pada pukul 3 petang dan melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Honda Civic milik lelaki tersebut.

ā€œPemeriksaan mendapati nombor enjin serta casis kereta itu tidak sama dengan yang didaftarkan. Dia ditahan kerana gagal memberi keterangan berhubung kenderaan tersebut,ā€ katanya menerusi satu kenyataan.

Menurut Mohd. Nadzri, pihaknya kemudian pergi ke sebuah bengkel membaiki kereta di Taman Bukit Mewah, Kajang pada pukul 6 petang hari sama dan menghampiri seorang lagi lelaki warga Indonesia yang sedang memegang dua alat kawalan jauh kereta jenis Audi A4 dan Mini Cooper S.

ā€œPemeriksaan ke atas nombor casis mendapati kedua-dua kenderaan itu tiada rekod pendaftaran. Lelaki itu merupakan pekerja di bengkel tersebut.

ā€œSuspek mendakwa Mini Cooper S itu milik seorang wanita y bernama ā€˜Dianaā€™ yang memintanya membaiki serta mencari pembeli yang ingin membeli kereta itu,ā€ katanya.

Jelas beliau, pihak polis dengan dipandu arah oleh suspek kemudiannya pergi Rembau bertemu ā€˜Dianaā€™.

ā€œHasil soal siasat, wanita berusia 36 tahun itu mengaku Mini Cooper S itu miliknya.

ā€œKetiga-tiga individu berusia 29 hingga 45 tahun itu ditahan. Kes disiasat mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955,ā€ katanya. ā€“ K! ONLINE

Google ads
Back to top button