Buletin

TESLA MALAYSIA LANCAR PROGRAM ‘REFER AND EARN’ – TAWAR FAEDAH EKSKLUSIF

Dalam memberikan lebih kemudahan kepada pelanggan dan mempercepatkan peralihan kepada kenderaan elektrik, Tesla baru-baru ini telah melancarkan program “Refer and Earn” di Malaysia.

Melalui ‘Refer and Earn’ pelanggan ditawarkan faedah eksklusif menerusi rujukan untuk pelanggan baru yang membuat pesanan produk Tesla dan membeli produk Tesla daripada Akaun Tesla mereka.

Dengan cara begitu mudah – kongsi mesej rujukan atau pautan dari bahagian “Refer and Earn” dalam profil aplikasi Tesla, peserta boleh menebus kredit untuk faedah dalam aplikasi Tesla, termasuk kredit Supercharging, pakaian dan barangan Tesla, serta banyak lagi.

Untuk rekod, terdapat dua tawaran tersedia iaitu Referral Credits dan Loyalty Benefits.

Bagi Referral Credits, pelanggan bakal menerima kredit berjumlah 5,000 sekiranya terdapat rakan atau ahli keluarga menggunakan pautan rujukan.

Sementara, Loyalty Benefits pula menawarkan kredit sehingga 10,000 apabila pelanggan berkenaan membeli produk Tesla menggunakan Akaun Tesla mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang program “Refer and Earn” Tesla, sila lawati aplikasi Tesla atau pergi ke www.tesla.com/en_my/event/tesla-referandearn-malaysia.

Google ads
Back to top button