Buletin

GAC GS3 GENERASI BAHARU CKD BAKAL TIBA DI MALAYSIA – ENJIN 1.5 TURBO, 174HP, HARGA BELUM ADA

Warisan TC Holding, anak syarikat Tan Chong Group, baru-baru ini mengumumkan projek pemasangan tempatan (CKD) model GAC GS3 generasi baharu bersama Guangzhou Automobile Group (GAC).

Warisan TC Holding turut melabur lebih RM60 juta, melibatkan pembuatan model GS3 serba baharu termasuk digunakan khusus untuk meningkatkan fasiliti Tan Chong di Segambut bagi memenuhi keperluan pemasangan CKD dan piawaian GAC.

GAC GS3 tampil dengan reka bentuk avant-garde dan mempunyai dimensi 4,358mm (panjang), 1,825mm (lebar), 1,685mm (tinggi) dan jarak roda pada 2,560mm, manakala tangki minyak berkapasiti 50 liter.

GS3 didatangkan dengan lampu hadapan jenis halogen, cermin sisi bersama boleh laras secara elektrik,(standard). Sementara cermin sisi untuk varian premium boleh dilipat sepenuhnya.

Menjengah ke kabin, ia mendapat paparan untuk sistem infotainmen bersaiz 8-inci berwarna penuh dengan ketersambungan Apple CarPlay, Bluetooth, skrin LCD 3.5-inci dan port pengecasan USB.

Model CKD GAC GS3 dipacu oleh enjin 1.5 Turbo Direct injection generasi ketiga yang berupaya menghasilkan 174hp dan tork 275Nm pada 1,400rpm-4,500rpm. Enjin itu kemudian dipadankan bersama transmisi WDCT 7-kelajuan.

Menurut data rasmi, pecutan 0-100 km/j hanya mengambil masa 7.5 saat dengan tahap penggunaan bahan api sekitar 6.18 liter/100km.

Dari aspek keselamatan, model itu dilengkapi ciri forward collision warning, automatic emergency braking, lane departure warning, lane keeping assist serta adaptive cruise control.

Menariknya, model generasi baharu itu bakal dilengkapi sistem bantuan pemandu tahap 2, menjadikannya model paling dinantikan di pasaran tempatan.

Setakat ini, tiada pengumuman rasmi mengenai harga. Namun SUV segmen B itu dijangka mampu memberi pilihan yang lebih banyak kepada pengguna. – Automachi

GALERI:

Google ads
Back to top button