Buletin

GEELY GALAXY STARSHIP 7 PHEV DILANCARKAN HUJUNG TAHUN INI – JARAK GERAK 150KM, HARGA MASIH RAHSIA

Geely Galaxy telah mendedahkan imej rasmi Geely Galaxy Starship 7, sebuah SUV plug-in hybrid yang menggunakan sistem generasi baharu Geely, iaitu Thor System.

Menurut laporan, model ini dijangka dilancarkan pada pada penghujung tahun ini.

SUV bersaiz sederhana ini dibina berasaskan platform Global Energy Architecture (GEA) milik Geely, dengan dimensi 4,740mm panjang, 1,905mm lebar, dan 1,685mm tinggi serta jarak roda 2,755mm.

Dari segi reka bentuk, bahagian belakang SUV ini menampilkan susunan ekzos tersembunyi dan lampu belakang LED melintang yang menghubungkan kedua-dua sisi kenderaan.

Di bawah lampu belakang tertera logo jenama “GEELY.” Dari sisi kenderaan, Starship 7 dilengkapi pemegang pintu konvensional dan bumbung panorama.

Bahagian dalaman Geely Galaxy Starship 7 direka dengan skema warna dwi-tona coklat dan hitam selain, dilengkapi stereng multi-fungsi berbentuk rata, paparan instrumen LCD terapung, skrin kawalan pusat yang besar, serta pencahayaan ambien.

Selain itu, sistem penghawa dingin diintegrasikan sepanjang papan pemuka dan terdapat ruang penyimpanan telefon dengan pengecasan tanpa wayar serta dua pemegang cawan di konsol tengah.

Lebih menarik, SUV ini dijangka akan menyertakan pembantu AI dan sistem operasi kokpit pintar Flyme Auto.

Sistem plug-in hybrid Geely Galaxy Starship 7 terdiri daripada enjin 1.5L model BHE15-BFN yang digabungkan dengan motor elektrik di hadapan serta bateri lithium iron phosphate.

Nadi berkenaan berupaya menghamburkan kuasa 110hp.

Terdapat dua varian yang didaftarkan di MIIT dengan pek bateri 19.09kWh dan 28.94kWh, menawarkan jarak gerak sejauh 101km dan 150km.

Geely Galaxy Starship 7 dijangka menjadi pesaing kuat dalam segmen SUV plug-in hybrid dengan gabungan teknologi maju dan reka bentuk futuristiknya.

Google ads
Back to top button