Buletin

GEELY GC9 KINI KENDERAAN RASMI DIPLOMATIK CHINA

Geely Auto (Geely) mengumumkan bahawa Biro Perkhidmatan Kementerian Luar Negeri China akan terus menggunakan model sedan daripada Geely, Geely GC9 sebagai kenderaan rasmi diplomatiknya.

Sebanyak 50 unit Geely GC9 baharu diserahkan kepada Biro Perkhidmatan Diplomatik Beijing pada satu majlis penyerahan, yang mana kereta tersebut akan digunakan sebagai sebahagian daripada kenderaan rasmi diplomatik di China. Kereta-kereta tersebut turut akan digunakan ketika kunjungan rasmi dan untuk menjemput tetamu negara, diplomat, dan tetamu kenamaan ke China.

Majlis telah dihadiri oleh Biro Perkhidmatan Diplomatik Beijing, Ketua Pengarah Yuan Weimin serta Presiden Geely Holding Group, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Geely Auto, An Conghui sebagai wakil organisasi masing-masing. Duta Besar Uruguay ke China, Duta Estonia ke China, dan wakil-wakil kedutaan yang lain yang akan menggunakan sedan Geely GC9 baharu tersebut turut hadir di majlis penyerahan itu.

Sejak 2012, kerajaan China telah membuat beberapa siri pembaharuan bagi polisi kereta rasmi dan mempromosikan secara aktif penggunaan jenama China untuk kegunaan rasmi. Dengan pembaharuan ini, Geely GC9 telah dipilih oleh Biro Perkhidmatan Diplomatik Kementerian Luar Negeri untuk digunakan sebagai sebahagian daripada kenderaan rasmi diplomatik mereka di China.

Pada 20 Mac 2015, 20 kenderaan diplomatik rasmi Geely GC9 yang pertama telah diserahkan, menandakan pencapaian utama bagi promosi jenama automotif China.

Model GC9 milik Geely telah menjadi peneraju jualan di kalangan jenama China dalam pasaran segmen sedan yang besar, mendapat kepercayaan dan sokongan lebih daripada 110,000 pemilik sejak memasuki pasaran dua tahun lalu. Sebahagian daripada kejayaan model ini adalah disebabkan statusnya sebagai kenderaan rasmi diplomatik kebangsaan serta pakejnya yang menjadi pilihan utama.

Geely GC9 telah menjadi tanda aras bagi jenama China dalam segmen D, sering mendahului pesaing antarabangsa dari segi jualan. Model ini juga telah dipilih sebagai kereta rasmi untuk pelbagai acara antarabangsa yang diadakan di China seperti G20 Hangzhou yang diadakan pada September 2017 dan telah membantu mengubah persepsi “Buatan China”. Geely GC9 adalah sedan keluaran pertama dalam barisan produk generasi 3.0 mereka.

BACA: SIAPA SEBENARNYA GEELY?

Keseluruhan reka bentuknya menggabungkan estetika global dengan elemen-elemen budaya dan sejarah China yang menjadikan kenderaan itu elegan dan dinamik. Geely GC9 dilengkapi dengan sistem pintar premium, keselamatan, dan sistem hiburan yang memberikan pengalaman pemanduan yang mengasyikkan, sambil memberikan ketenangan fikiran dengan pelbagai ciri keselamatan aktif dan pasif.

Ketua Pengarah Biro Perkhidmatan Diplomatik Beijing, Yuan Weimin berkata: “Dua tahun yang lalu, kami memilih Geely GC9 selepas mempertimbangkan dengan teliti sebagai kenderaan rasmi diplomatik kami. Sejak itu, mereka telah menyelesaikan tugas mereka dengan sempurna, sambil mempamerkan semangat Geely untuk kualiti dan teknologi.

Prestasi dan kebolehan kenderaan tersebut telah meningkatkan reputasi dan kualiti perkhidmatan kami. Pengalaman kami dengan model Geely GC9 sebelum ini telah memberi kami keyakinan kepada kekuatan Geely GC9 yang baharu. Biro Perkhidmatan Diplomatik sekali lagi memutuskan untuk membeli Geely GC9 dan menggunakannya sebagai kenderaan rasmi diplomatik dan kami berharap beroleh pengalaman yang lebih baik dengan model baharu ini.

” Sebagai model pertama untuk barisan Generasi Geely 3.0, Geely GC9 dilengkapi dengan teknologi pemanduan terbaharu dari Geely iNTEC. Bagi model tahun 2018, Geely GC9 telah menerima perubahan besar, pengendalian yang lebih baik, powertrain baharu, dan prestasi NVH yang optimum. Peningkatan ini menghasilkan pengalaman memandu yang lebih halus, selesa dan pintar, meningkatkan penanda aras sekali lagi pada kualiti untuk jenama China.

BACA: PRESTASI LUARBIASA GEELY 2017

Duta Uruguay ke China Fernando Lugris berkata: “Kami sebelum ini memilih Geely GC9 sebagai kereta rasmi kami. Reka bentuk model China itu dengan ruang dalaman yang luas, dan teknologi pemanduan pintar memberikan tanggapan yang sangat baik. Jadi hari ini, kami sekali lagi memilih Geely GC9 baharu sebagai kereta rasmi kami. Kami percaya Geely GC9 yang baharu merupakan contoh yang baik dalam kekuatan dan gaya pembuatan automotif di China.”

Presiden Geely Holding Group, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Geely Auto Group An Conghui berkata: “Geely Auto telah bertapak dalam industri automotif selama lebih 20 tahun dan sepanjang masa kami komited terhadap dasar membangun melalui teknologi dan inovasi sejajar dengan kehendak pasaran.

Walaupun kebangkitan jenama China tidak dapat dielakkan dengan dasar “Made in China 2025″, kami berharap jenama China akan menggunakan pengaruh baharu mereka untuk meningkatkan daya tarikan budaya China. Melihat kepada masa hadapan, kami akan melaksanakan lebih banyak bekalan pembaharuan struktur dan menyampaikan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi yang akan memenuhi permintaan pasaran yang semakin matang.”

 

Google ads
Back to top button