Buletin

GEELY GE 11 – SEDAN ELEKTRIK PERTAMA GEELY UNTUK PASARAN GLOBAL

Geely Auto (Geely) hari ini mendedahkan sedan elektrik serba baharunya, GE 11 dalam satu majlis tertutup di Hangzhou, China.

Jangan tak tahu, pada tahun 2015, Geely pernah melancarkan model elektrik yang diberi nama Emgrand EV. Maka, GE 11 akan menggantikan Emgrand EV apabila dipasarkan di China kelak.

Sedan elektrik terbaharu itu merupakan satu produk yang dibangunkan secara global dan dilihat bakal mempercepatkan usaha Geely memasuki pasaran luar negara.

Jentera itu mengetengahkan bahasa rekaan hadapan yang tertutup dengan lampu hadapan direka menggunakan konsep ‘Yi’, satu perkataan Cina yang bermaksud ‘satu’.  

Garis pada hud dikatakan membantu menambah baik aspek pekali seretan, menjadikannya hanya 0.2375 untuk pemanduan yang lebih efisien. Untuk meningkatkan lagi kecekapannya, hendal pintu disorok dan cuma ‘keluar’ apabila pemandu berada berhampiran kereta.

GE 11 yang dikatakan bersaiz seperti Honda Civic atau Insight itu memiliki rekaan sebuah fastback. Geely bagaimanapun tidak menjelaskan saiz bateri atau jarak perjalanan, tatapi ada memberi tahun ia akan menggunakan motor elektrik berkuasa 174hp yang diambil daripada CATL.

Google ads
Back to top button