BuletinMotosikal

SASARAN UTAMA DUCATI 2019 – KALAHKAN MARQUEZ

Ducati sebenarnya tidaklah teruk sangat sewaktu 2018. Cuma pasukan seperti Honda dengan padanan penunggang gila seperti Marc Marquez adalah cabaran terbesar mereka untuk merebut podium.

Bercakap kepada media, Pengurus Pasukan Sukan Ducati , Paolo Ciabatti berkata sasaran utama Ducati pada MotoGP 2019 ialah menewaskan
Marc Marquez.

Tapi kenapa? Kerana mereka yakin hanya Ducati sahaja yang mampu memberi tekanan kepada pasukan Honda. Faktanya, pada 2017, mereka berjaya menidakkan kemenangan Marquez sebanyak enam kali manakala pada tahun lalu, Ducati menang tujuh kali di hadapan Marc Marquez.

Tidak ada pasukan lain yang mampu memberi tekanan sebegitu keras kepada Marc Marquez. Namun begitu Cabiatti tetap mengakui bahawa menentang pengeluar nombor satu di dunia yang berganding dengan pelumba paling berbakat di abad ini, adalah tugas yang sangat mencabar.

Beliau juga ditanya tentang kemungkinan untuk menarik Marquez masuk ke pasukan Ducati dan itu lebih mudah dari menentangnya. Cabiatti berkata, benar, Ducati boleh jadi juara dengan Marquez, namun membawa pelumba itu keluar dari pasukan Honda adalah sesuatu yang mustahil.

Beliau tiada sebab untuk berpindah. “Marc masih muda dan beliau mendapat layanan terbaik di Honda. Beliau sebenarnya sangat serasi bersama jenteranya”

Namun begitu, Ciabatti tetap positif akan persaingan MotoGP 2019. Mereka akan memberi tumpuan kepada Andrea Dovizioso dan beliau sudah buktikan yang terbaik pada musim 2017 dan 2018.

“Beliau hanya perlu mengelak dari membuat kesilapan. Saya rasa, tahun ini Yamaha dan Suzuki juga akan lebih kompetitif,”

Tags
Google ads
Back to top button