Buletin

GEELY PERKENAL JENAMA KHUSUS KERETA ELEKTRIK- GEOMETRY

Geely, pengeluar kereta yang telah membuat pelaburan besar di Volvo dan Daimler, melancarkan satu lagi jenama kereta premium elektrik bernama Geometry. Ia mengkhusus kepada rancangannya untuk meningkatkan pengeluaran kenderaan tenaga baru.

Geometry akan turut di pasarakan di luar China tetapi terlebih dahulu memberi tumpuan kepada pasaran domestik China. Mereka akan melancarkanlebih daripada 10 model elektrik tulen dalam pelbagai segmen menjelang tahun 2025, kata Geely dalam satu kenyataan yang dibuat minggu lalu.

Syarikat itu menambah, ia telah menerima lebih daripada 26,000 pesanan untuk model pertamanya, Geometry A. Model ini mempunyai keupayaan untuk melakukan perjalanan sejauh 500 kilometer dengan sekali cas, kata Geely.

Geely melancarkan Geometry pada satu acara di Singapura dan berkata keadaan bandaraya itu akhirnya menjadi sasaran pasaran.

“Pelancaran Geometry dan produknya yang pertama adalah merupakan strategi Geely untuk menjadi salah satu daripada 10 kumpulan automotif terbaik dunia,” kata An Conghui, presiden Zhejiang Geely Holding Group, dalam kenyataan itu.

Geely mengadakan usaha sama baru dengan Daimler dari Jerman bulan lepas untuk membina kereta elektrik pintar generasi akan datang di China.

Geely juga sedang membangunkan kenderaan komersil tenaga baru seperti trak pikap di unit lain, Yuan Cheng Auto.

China telah menjadi penyokong utama kenderaan tenaga baru (NEV) termasuk bateri elektrik hibrid, hibrid dan plug-in teknologi hibrid, dan mula melaksanakan keperluan quota jualan NEV untuk setiap pembuat kereta.

Pembuat kereta global itu merancang pelaburan USD$300 bilion dalam pengeluaran teknologi kenderaan elektrik dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, hampir separuh daripada wang yang disasarkan di China.

Geely mencatatkan pertumbuhan jualan sebanyak 20 peratus pada 2018. Bagaimanapun, ia meramalkan jualan kukuh pada tahun ini kerana pasaran auto gergasi negara itu bergelut dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan sentimen pengguna yang lebih berhati-hati. Tahun lepas, pasaran keseluruhan menguncup buat kali pertama sejak 1990-an.

Tags
Google ads
Back to top button