Buletin

PADA 1997, TOYOTA HIACE REGIUS DIPERKENALKAN DI JEPUN

Toyota Hiace memang terkenal di kalangan pemilik bisnes. Cuma statusnya belum sampai digelar ‘Hailak’ seperti mana-mana pikap tidak kira jenama.

Walaupun Hiace terkenal sebagai kenderaan komersil, jenama ini sebenarnya pernah digunakan untuk van penumpang.

Pada 8 April 1997, Toyota Motor Corporation melancarkan HiAce Regius, sebuah van kecil mewah. Menariknya pada hari yang Toyota turut mengumumkan versi komersial akan dijual pada 2 Jun 1997.

Nama Regius diambil daripada perkataan Latin yang bermaksud keindahan. Van ini direka bagi memaksimumkan fleksibiliti ruang dalaman bagi memenuhi pelbagai gaya hidup.

Siaran rasmi memaklumkan kerusi van ini mempunyai lebih daripada 100 konfigurasi untuk menambah keselesaan penumpang dan ruang barangan.

Pada masa yang sama van ini juga mempunyai tahap prestasi pemanduan dan keselamatan penumpang yang bagus dan mesra alam sekitar.

Berikut ialah ciri-ciri Toyota HiAce Regius:

  • Empat varian iaitu HiAce Regius G, HiAce Regius, HiAce Regius E dan HiAce Regius Windtourer
  • Kerusi depan dan baris kedua boleh dipusing bagi mewujudkan suasana ala ruang tamu
  • Kerusi baris kedua boleh digelongsor sebanyak 410 mm manakala kerusi baris ketiga sehingga 945 mm
  • Tempat duduk baris kedua dan ketiga boleh dilipat dan ditolak ke depan atau belakang untuk ruang dalaman yang lebih optimum
  • Kesemua kerusi boleh dibaringkan sehingga rata
Hiace 2019 – Masih lagi kekal imej bersegi.
  • Kerusi yang boleh ditanggalkan sebagai pilihan untuk varian Windtourer
  • Lantai rata dengan pintu gelongsor boleh dibuka dan tutup secara automatik
  • Pintu juga akan terbuka secara automatik apabila terdapat objek dikesan semasa operasi penutupan pintu
  • Konsol pelbagai guna yang turut boleh dijadikan sebagai meja dan boleh digelongsor dari kerusi depan hingga baris ketiga
  • Kerusi depan mempunyai perehat kaki pada bahagian belakang untuk penumpang baris kedua
  • Bahagian belakang kerusi baris ketiga mempunyai meja boleh tanggal dan set kerusi
  • Mempunyai televisyen 5.8 inci lebar untuk penumpang belakang yang boleh menayangkan saluran TV dan turut berfungsi sebagai paparan visual untuk sistem navigasi GPS bersuara
  • Sistem navigasi GPS bersuara mampu menayangkan visual yang diambil daripada kamera belakang semasa mengundur. Sonar dipasang pada sekeliling van dan menggunakan isyarat audio dan video bagi memberi amaran kepada pemandu
  • Dua beg udara dan sistem ABS
  • Pilihan kerusi kanak-kanak yang tersedia dipasang pada bahagian penumpang kanan baris kedua
Toyota Alphard dan Vellfire – Pewaris van mewah Toyota

Toyota HiAce Regius ditawarkan dalam dua pilihan enjin iaitu 3.0 liter turbo diesel 1KZ-TE dan 2.7 liter twincam 3RZ-FE.

Sewaktu pelancaran, Toyota mensasarkan untuk menjual 5,000 unit HiAce Regius sebulan. Harga van mewah ini bermula daripada JPY 2,564,000 hingg JPY 3,522,000.

Google ads
Back to top button