
PELAJAR BERUMUR 14 TAHUN CIPTA SISTEM ANTI TITIK BUTA DI DALAM KERETA
Masalah titik buta pada tiang A merupakan salah satu masalah yang menghantui pengeluar kenderaan semenjak daripada dulu lagi. Jika titik buta pada bahagian belakang kenderaan sekarang boleh diatasi dengan penggunaan radar dan sistem Bind Spot Information System, titik buta di bahagian depan pula agak susah untuk diatasi
Masalah titik buta pada tiang A kenderaan menjadi semakin parah apabila semua pengeluar berusaha untuk memenuhi regulasi keselamatan dalam perlanggaran. Tiang A menjadi semakin besar dan gemuk disebabkan isu ini.
Bagi mengatasi masalah ini pengeluar terpaksan mengubah rekaan cermin depan, menolak tiang A ke depan dan juga cermin pandang sisi pula ditarik ke belakang bagi meminimakan masalah titik buta pada tiang A.
Namun Alaina Gassler yang merupakan seorang pelajar dari Pennsylvania telah menemui satu cara yang paling mudah bagi mengatasi masalah ini dan seterusnyan mengurangkan risiko kemalangan daripada berlaku.
Jika sistem BLIS biasa akan memaparkan amaran dalam bentuk bunyi, gegaran dan juga lampu LED, sistem yang dihasilkan oleh Alaina memaparkan terus imej kenderaan atau objek yang tersembunyi di sebalik tiang A di bahagian dalam kenderaan.
Alaina menghasilkan projek ini ketika menyertai pertandingan Broadcom Master (Math, Applied Science, Technology And Engineering for Rising Star) iaitu satu pertandingan untuk pelajar sekolah menengah. Projek ini dinamakan sebagai “Improving Automobile Safety by Removing Blind Spots.”
Apa yang Alaina buat ialah dengan memasang satu kamera di bahagian depan tiang A kereta, input kamera akan dipancarkan terus ke bahagian dalam kereta tepat pada tiang A di sebelah dalam kereta dengan menggunakan projektor. Imej yang terhasil akan boleh dilihat oleh pemandu dengan mudah
Antara komponen yang digunakan ialah kamera, projektor dan 3D printer bagi menghasilkan komponen khas yang akan memfokuskan projektor pada jarak dekat serta retro-reflective fabric pada tiang A bagi memastikan imej yang terhasil adalah jelas dan nyata


