
THE BEAST GUNA ENJIN KAPAL TERBANG MERLIN UNTUK DIJUAL! 27 LITER V12!
Kereta menggunakan enjin kapal terbang, inilah The Beast yang disiapkan oleh John Dodd. The Beast dipasang enjin Rolls-Royce Merlin 27 liter dan menguasakan sejumlah kapal terbang di antaranya Supermarine Spitfire (dengan supercas).
Kepada yang berminat untuk memiliki khazanah automotif ini, The Beast dibuka untuk bidaan oleh Car & Classic bermula 9 Mac selama tujuh hari.
The Beast bermula sebagai rolling chasis (tanpa badan) pada 1966 dan dihasilkan oleh Paul Jameson sebagai kereta jalanan dengan enjin 27 liter Rolls-Royce Meteor.
John Dodd yang menghasilkan kotak gear untuk kereta ini kemudian membelinya dan menghantar kepada Fibre Glass Repairs untuk menghasilkan badan kereta. Dari situ The Beast menggunakan gril dan maskot Rolls-Royce sebagai identiti kepada enjin.
Dalam perjalanan dari Sweden, The Beast telah terbakar dan rosak dan Dodd tidak berputus asa. Beliau mengambil keputusan untuk menambah baik konsep asal dan dari situ The Beast dipasang enjin Merlin V12 dan gril dengan logo Rolls-Royce Silver Shadow.
Drama timbul lagi apabila Rolls-Royce tidak mahu jenamanya digunakan dan bantahan dibawa ke mahkamah. Dodd telah kalah dan The Beast dibawa ke Sepanyol dan digunakan secara kerap.
Menariknya dokumen V5 (buku log/pendaftaran kenderaan United Kingdom) masih menyenaraikan The Beast sebagai Rolls-Royce.
Gril depan The Beast ditukar kepada akronim John Dodd iaitu JD.
Enjin Merlin V12 mempunyai beberapa jenis dan The Beast menggunakan versi naturally-aspirated dengan kuasa sekitar 750 bhp pada roda tenaga (flywheel). Suspensi depan disesuaikan dari komponen Austin dan bahagian belakang dari Jaguar XJ12 dengan gandar tugas berat dari Currie.
Pada 1973, RAC menyenaraikan rekod The Beast dengan kelajuan maksimum 294.5 kilometer sejam.
Satu lagi ciri menarik, kereta dengan ukuran 19 kaki ini dilengkapi suis berturut pada konsol tengah bagi menghidupkan enjin ala kapal terbang.
BACA: KINI ANDA BOLEH BELI BLOK ENJIN 2JZ TERKUAT DALAM SEJARAH – BETUL KE NI?
BACA: LAMBORGHINI DIABLO, KERETA SUPER SPORT PERTAMA LAMBO DIPACU 4 RODA
BACA: SEJARAH HONDA PRELUDE – MODEL UNDERDOG YANG ELEGAN DAN SPORTY








