
GENERAL MOTOR PERKENALKAN MODUL KESELAMATAN UNTUK PASUKAN PENYELAMAT, KHAS UNTUK EV
Syarikat automotif Amerika iaitu GM atas dasar tanggungjawab telah memperkenalkan modul khas untuk anggota penyelamat yang tiba di kawasan kemalangan melibatkan kenderaan berkuasa elektrik. Modul ini bagi memastikan anggota penyelamat mendapat SOP yang tepat ketika krisis kemalangan melibatkan kenderaan berkuasa elektrik
EV First Responder Training Program memberi fokus kepada anggota bomba dan memberikan banyak maklumat berkenaan teknologi bateri serta mengajar anggota bomba tatacar yang tepat ketika menyelamatkan mangsa kemalangan yang melibatkan kereta hibrid dan EV.
Salah satunya ialah kepentingan menggunakan air yang banyak ketika memadamkan api yang disebabkan oleh kebakaran bateri. Andrew Klock dari bahagian pendidikan dan pembangunan bomba mengatakan program sebegini adalah cara yang tepat kerana sudah lebih 100 tahun anggota bomba biasa memadamkan api disebabkan kebakaran kereta berkuasa petrol dan diesel
GM akan menyediakan latihan untuk anggita bomba dan paramedik dalam masa 4 jam dan peserta akan dinilai pada hujung kursus. Jika peserta menerima 70% markah, barulah mereka akan diberikan Certificate of Educational Achievement.
Peserta juga akan menerima Certificate of Completed Training melalui llinois Fire Service Institute sebaik sahaja tamat kursus yang melibatkan amali. Wakil kepada GM iaitu Stuart Fowle menyatakan anggota bomba akan diajar cara yang paling berkesan bagi memadam api yang disebabkan oleh bateri
Salah satu prosedur yang akan diajar termasuklah memecahkan tingkap dan membanjiri bahagian dalam kereta dengan air bagi memastikan api padam sepenuhnya.