Artikel Pilihan

PERBEZAAN KOMPONEN INI BERI PEMANDUAN YANG BERBEZA ANTARA GR86 DAN SUBARU BRZ

Toyota GR86 dan Subaru BRZ mungkin kereta yang hampir 95% sama antara satu sama lain. Kedua dua model dihasilkan di kilang yang sama di kilang Subaru di Gunma, Jepun. Kedua dua kereta merupakan kereta sport pacuan belakang, enjin dipasang di depan dengan transmisi manual.

Blok enjin merupakan blok yang dihasilkan oleh Subaru tapi sistem suntikan bahan api D4S adalah sistem Toyota. Walaupun hampir sama dari segi rekaan luar, pengendalian kedua-dua kereta adalah tidak sama.

Ini kerana Toyota GR86 merupakan sebuah kereta sport yang lebih mudah untuk melakukan drift berbanding dengan Subaru BRZ yang lebih stabil. Kedua dua kereta adalah berbeza dari segi rekaan kawalan stering, tetapan sistem penyerap hentak dan juga cesi.

Rekaan GR86 menggunakan tetapan kadar spring (spring rate) 7% lebih rendah di bahagian depan dan 11% lebih tinggi di bahagian belakang jika dibandingkan dengan Subaru BRZ. GR86 juga menggunakan bar anti oleng di depan yang solid dengan diameter 18mm manakala BRZ pula menggunakan bar berongga 18.3mm

Ini diikuti dengan bar anti oleng di bahagian belakang solid dengan diameter 15mm manakala BRZ menggunakan diameter 14mm. Bar anti oleng GR86 dipasang pada bahagian subframe suspensi manakala BRZ pula dipasang terus pada cesi

Bagi komponen suspensi, penyerap hentak juga ditala berbeza dari segi injap yang membenarkan hidraulik bergerak dalam di dalamnya. GR86 menggunakan knuckle yang dihasilkan daripada aloi keluli yang lebih berat berbanding knuckle BRZ yang dihasilkan daripada aloi aluminium

Pelapik getah untuk suspensi belakang GR86 adalah lebih lembut berbanding dengan pelapik getah pada BRZ. Subaru memilih untuk memberikan kestabilan dan pemanduan pada BRZ. Kebanyakan komen berkenaan BRZ ialah cesinya yang lebih cepat bertindak dengan arahan input stering

Jika dibandingkan dengan GR86, ia lebih mudah untuk mengalami understeer dan di tangan pemandu professional ia akan menjadikan pemanduan lebih seronok

Google ads
Back to top button