GENG-GENG MOTOSIKAL NEW ZEALAND BERKUMPUL UNTUK MELINDUNGI MASJID-MASJID DI NEW ZEALAND SEMASA SOLAT JUMAAT ESOK
Kumpulan bermotosikal dari seluruh New Zealand berjanji untuk berkawal di luar masjid-masjid New Zealand untuk melindungi jemaah yang akan menunaikan solat Jumaat pertama selepas tragedi pembunuhan beramai-ramai di Christchurch Jumaar lepas.
Kumpulan seperti The Mongrel Mob, King Cobra dan The Black Power untuk melindungi komuniti Islam di New Zealand selepas kejadian Jumaat lepas yang menyebabkan 50 orang terbunuh dan 50 lagi cedera dalam kejadian sebelum solat Jumaat pada 15 Mac 2019. Ia juga menyaksikan seorang remaja rakyat Malaysia terkorban dan beberapa orang lagi cedera.
Presiden Waikato Mongrel Mob, Sonny Fatu menawarkan untuk melindungi masjid di Hamilton dan menyatakan mereka akan membantu dan memberi sokongan kepada saudara-saudara Islam mereka di New Zealand selama mana yang mereka perlukan.
Beliau juga menyatakan yang mereka terdorong untuk membantu selepas dihubungi oleh seorang wakil yang menyatakan kebimbangan masyarakat Muslim untuk menunaikan solat Jumaat selepas insiden terbabit.
Semestinya mereka akan membantu dan menyatakan yang kesemua ahli kumpulan mereka akan mengenakan pakaian yang bersesuaian. Mereka juga tidak akan membawa senjata dan akan mengawal kawasan sekitar masjid dalam suasana aman.
Dr Asad Mohsin, pemimpin Waikato Muslim Association pula menyatakan yang umat Islam di sana cukup menghargai sokongan yang diberikan oleh semua anggota masyarakat dan ini termasuklah kumpulan-kumpulan bermotosikal terbabit.
Ia memberikan semangat di saat komuniti Islam sedang bersedih. Malah beliau juga mengalu-alukan kedatangan semua masyarakat termasuk kumpulan motosikal terbabit ke dalam masjid dan sama-sama mendengar bacaan khutbah.
Malah dilaporkan cawangan kumpulan bermotosikal sama di Australia turut meronda masjid-masjid di sekitar Sydney untuk memastikan keselamatan masyarakat Islam di sana.
Nampaknya tujuan si pengganas yang mahu menjatuhkan Islam bukan hanya gagal tetapi ia kini menyebabkan Islam semakin popular dan diterima ramai. Nampak tak kuasa Allah swt. Begitu juga dengan geng motosikal yang selama ini dikaitkan dengan pelbagai perbuatan jenayah tetapi masih mempunyai hati nurani dan tidak teragak-agak untuk menawarkan bantuan bila diperlukan.
Al-Fatihah untuk semua mangsa yang terkorban dari kami di Mekanika Malaysia.
Sumber dari businessinsider.com