Buletin

GOCAR PRO KINI DI JOHOR BAHRU. BERMULA RM129 SEHARI

GoCar Malaysia, peneraju platform mobiliti sebagai perkhidmatan berdasarkan kepada permintaan hari ini mengumumkan pelancaran perkhidmatan GoCar Pro yang kini boleh didapati di Johor. Menggabungkan ciri perkongsian dan langganan kenderaan, GoCar Pro mahu menawarkan kenderaan pada tahap langganan dengan tempoh lebih pendek.

Buat masa sekarang, perkhidmatan tersebut dimulakan di Johor Bahru dan terbuka pada semua ahli GoCar yang berdaftar serta memerlukan kereta untuk bergerak di dalam bandar, selain mereka yang ingin bercuti sama ada di Johor atau negeri lain.

Kadar GoCar Pro bermula RM129 hingga RM169 sehari.

Dengan GoCar Pro, pengguna juga dipastikan bahawa semua kereta yang ditempah adalah bersih dan berada dalam kondisi terbaik. Pasukan GoCar yang berdedikasi akan membersihkan kereta selepas setiap penggunaan, sama seperti kenderaan dalam rangkaian GoCar Subs.

Model-model yang ditawarkan dalam GoCar Pro termasuklah Proton Persona, Nissan Almera dan Perodua Axia. Unit adalah terhad dan ia ditawarkan secara siapa cepat dia dapat.

Cara untuk menempah GoCar Pro adalah sama seperti mana-mana GoCar. Seluruh proses sehingga pembayaran boleh dilakukan dengan mudah menerusi aplikasi mudah alih GoCar. Namun, terma penggunaan GoCar Pro adalah sedikit berbeza seperti berikut:

Perkhidmatan GoCar Pro kini hanya boleh untuk perjalanan ulang-alik sahaja
● Tempahan minimum selama tiga hari diperlukan. Tetapi sama seperti GoCar Share, pelanggan boleh menempah sebuah kenderaan maksimum selama 30 hari. Namun, tempahan perlu dibuat sehari lebih awal bagi memberikan masa untuk pemulangan
● Sama seperti langganan, pelanggan GoCar Pro akan diberikan kunci fizikal yang diambil semasa waktu operasi di hub GoCar di Johor Jaya. Pengguna masih perlu membuka dan mengunci kenderaan menggunakan aplikasi GoCar
● Deposit sekuriti sebanyak RM500 diperlukan dan ia akan dikembalikan semula dalam tempoh tujuh hingga 14 hari selepas kereta dipulangkan dalam keadaan yang baik

Selain opsyen pembayaran biasa menggunakan kad debit/kredit, GoPocket Points, perbankan dalam talian dan e-dompet, pengguna juga boleh memanfaatkan pilihan GrabPay untuk membahagikan bayaran sebanyak empat kali ansuran dengan sifar faedah. Pilihan pembayaran itu hanya boleh dibuat menerusi GrabPay.

Bagaimana untuk menempah GoCar Pro
Pengguna baharu GoCar terlebih dahulu perlu mendaftar akaun menerusi aplikasi mudah alih GoCar. Keahlian terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang memiliki lesen memandu sah, pemegang lesen P serta bukan warganegara yang mempunyai lesen memandu antarabangsa yang sah.

Untuk menempah GoCar Pro, ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Buka aplikasi GoCar, tekan pada “Sharing” dan pilih opsyen “Round Trip”.
  1. Selepas memilih tarikh dan masa yang dimahukan, cari dan tekan pin dengan
    label “Pro” di atas peta.
  2. Teruskan dengan memilih kenderaan dan penambahan yang dimahukan. Dengan tambahan RM5, pelanggan boleh mendapatkan Premium Flex yang menawarkan lanjutan selama 30 minit sebelum kereta dipulangkan, lebih fleksibiliti dengan penjadualan semula tempahan tanpa had dan pemulangan tanpa dikenakan penalti.
  3. Pastikan anda memasukkan kod promo “GOCARPRO” dengan betul sebelum keluar dan melengkapkan pembayaran.
  4. Ambil kunci di cawangan GoCar Johor Jaya dan pandu GoCar Pro. Waktu operasi cawangan tersebut ialah Isnin-Jumaat, 9.00am–6.00pm; hujung minggu dan cuti umum, 9.00am–1.00p

Untuk memulakan perjalanan GoCar Pro anda, muat turun aplikasi mudah alih GoCar di SINI. Maklumat lanjut mengenai GoCar Malaysia, sila layari laman web https://hi.gocar.my/ atau ikuti saluran Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter GoCar Malaysia.

Google ads
Back to top button