Artikel Pilihan

APA AKAN JADI BILA KITA MASUK GEAR P PADA HALAJU 105KM/JAM?

Sebenarnya penulis sudah lama tertanya-tanya, apa akan jadi pada kotak gear automatik sekiranya kita memasukkan tombol gear ke kedudukan P (Park) bila kereta dipandu laju. Tapi disebabkan penulis seorang yang penakut dan tak berduit sangat bagi menanggung kerugian, penulis hanya beranggapan kotak gear akan jahanam terus jika anda dengan sengaja melakukan perkara ini.

Jika anda perhatikan dengan teliti, bagi mengubah kedudukan tombol gear daripada D kepada R, anda perlu menekan butang keselamatan bagi membenarkan tombol gear berubah kedudukannya. Ini bermakna, anda tidak boleh silap dalam melakukan perkara ini.

Tapi apa yang akan berlaku jika anda secara tidak sengaja memasukkan tombo gear pada kedudukan P ketika kereta sedang dipandu pada halaju 105km/jam? Bagi menjawab persoalan ini, seorang Youtuber dari saluran AutoVlog telah melakukan satu eksperimen berani mati dengan menggunakan sebuah Ford yang dilengkapi dengan transmisi klac berkembar

Tapi apa yang ajaibnya, ketika Michael Vaim melakukan eksperimen ini sebanyak dua kali tiada apa apa yang berlaku. Jadi pada hemat penulis, sistem kawalan logic pada Transmission Control Unit mengenalpasti keadaan pemanduan dan menghalang perkara buruk daripada terjadi

Tapi ini bukan bermakna anda boleh melakukan perkara ini dengan sewenang-wenangnya. Jika anda ada pengalaman yang berkaitan dengan isu ini, silakan berkongsi di ruang komen

Google ads
Back to top button