Buletin

BMW MOTORRAD MALAYSIA LANCAR BMW S 1000 RR BAHARU – 4 MOD TUNGGANGAN, 201HP, RM1.5K SEBULAN

BMW Motorrad Malaysia hari ini mendedahkan model berprestasi tinggi dalam portfolio iaitu BMW S 1000 RR baharu.

BMW S 1000 RR baharu tampil dengan pelbagai inovasi serba komprehensif membabitkan enjin, suspensi, casis, aerodinamik, reka bentuk serta sistem bantuan termasuk beberapa perubahan pada bahagian sisi.

Selain itu, seksyen hadapan dan belakang, serta sayap lawi jentera ini juga telah diperbaharui untuk meningkatkan prestasi aerodinamik selain, memberi daya tunggangan lebih sporty.

Sudut kepala steringnya juga dilaraskan sebanyak 0.5° manakala ofset bahagian pengapit bertiga dikurangkan sebanyak 3.0 mm.

Dari segi kuasa, BMW S 1000 RR dipacu oleh enjin sebaris empat silinder, menghasilkan 210hp, pada 13,750rpm, tork 113Nm pada 11,000rpm.

Selain penaiktarafan prestasi, aspek kawalan penunggang juga ditambah baik, meliputi fungsi Slide Control baharu dalam sistem Dynamic Traction Control (DTC) serta Brake Slide Assist.

Perincian lain termasuklah didatangkan dengan dua sudut drif praset bagi sistem kawalan cengkaman, kedua-duanya memanfaatkan sensor sudut stering lanjutan bagi mengurangkan kegelinciran serta menstabilkan motosikal.

Di samping itu, S 1000 RR baharu mempunyai  empat mod tunggangan iaitu “Rain”, “Road”, “Dynamic” dan “Race”.

Secara standard, S1000RR baharu dilengkapi:

  • BMW Motorrad Race ABS
  • Hill Start Control (HSC)
  • Shift Assist Pro
  • lampu signal LED
  • lampu hadapan dan belakang LED
  • M GPS Laptrigger
  • Dynamic Package, mencakupi Riding Mode Pro, HSC Pro, Dynamic Brake Control (DBC), Dynamic Damping Control (DDC), penggenggam hangat dan kawalan luncur.

Untuk harga, BMW S 1000 RR boleh dimiliki menerusi pelan pembiayaan BMW Group Financial Services Malaysia.

Pemilikan BMW S 1000 RR baharu bermula daripada RM1,578.00 sebulan (Style Passion, berdasarkan anggaran pembiayaan Balloon Financing sebanyak 80 peratus bagi tempoh 4 tahun).

Google ads
Back to top button