Artikel Pilihan

ROLLS-ROYCE SILVER CLOUDE II KINI BERUBAH MENJADI EV

Apabila menyebut tentang kereta klasik, kita sebolehnya mahu dan cuba untuk menjaga kondisi kereta tersebut dalam keadaan seasli mungkin demi menjaga nilai estetik yang ada. Tapi bagaimana jika kereta yang dianggap sebagai klasik dan rare, masih lagi dijaga dalam keadaan norma sebenar sebuah kereta klasik tetapi telah diberikan nuansa baharu dengan penambahan pek bateri bagi menjadikannya sebuah kereta elektrik (electric vehicle)

Nampak macam mustahil tapi itulah yang dilakukan oleh pakar penukaran EV dari British, Lunaz yang telah menukarkan sebuah model klasik Rolls-Royce Silver Cloud II 1960 kepada sebuah model EV sepenuhnya.

Sedikit ceita menarik untuk dikongsikan, model klasik Rolls-Royce Silver Cloud II ini turut pernah dimiliki oleh aktres tersohor merangkap pemenang anugera Oscar suatu ketika dahulu, Sophia Loren.

David Lorenz, pengasas Lunaz berkata: “Setiap Rolls-Royce yang diberikan kerja tingkat taraf oleh Lunaz mempunyai kisah tersendiri yang unik dan menarik untuk diceritakan, tetapi hanya sedikit yang dapat menandingi Rolls-Royce Silver Cloud II yang luar biasa ini, yang dibina pada tahun 1960 dan pertama kali dimiliki oleh  pelakon yang sinonim dengan keanggunan dan gaya, Sophia Loren”.

“Dalam meningkatkan klasik yang indah dan penting dari segi sejarah ini kepada model kuasa elektrik sepenuhnya, kami mengekalkan semangat dan tujuan asalnya: untuk menggunakan teknologi paling canggih yang ada untuk memberikan penumpang suasana ketenangan, peribadi dan keselesaan yang sempurna. Melalui kereta ini dan kenderaan lain yang dibina melalui Program Hotel Lunaz, kami membolehkan pengendali hotel dan kediaman terkemuka dunia menambah dimensi baharu kepada pengalaman tetamu mereka.” Ujar David Lorenz lagi.

Rolls-Royce Silver Cloud II ini telah menjalani proses dan kerja restorasi yang bukan calang – calang terutamanya pada bahagian badan telah dilayangkan dengan dua tona warna. Bahagian dalam juga telah kembali dipulihkan dengan balutan kulit upholsteri untuk lebih premium serta papan pemuka menggunakan kemasan kayu Burr Walnut.

Walau pun bertarafkan kereta klasik, tetapi Rolls-Royce Silver Cloud II ini tetap menerima ciri moden seperti tempat duduk belakang yang boleh dipanaskan serta sistem audio dilengkapi dengan fungsi Android Auto & Apple Car Play.

Keselesaan sang pemandu juga tidak dilupakan apabila kereta yang besar dan panjang ini turut dilengkapi dengan kamera mengundur, skrin infohiburan bersaiz enam inci, kawalan pemanduan serta brek parkir elektronik.

The Hotel Programme Memenuhi Keperluan Tetamu

The Hotel Programme oleh Lunaz sebelum ini telah pun membuat kerja – kerja tingkat taraf model Rolls-Royce dan Bentley klasik kepada model EV supaya ia masih boleh digunakan di pusat bandar yang menguatkuasakan undang – undang pelepasan terkawal. Malah Lunaz juga telah menyiapkan sebuah model SUV klasik Range Rover yang telah ditukarkan menjadi EV bagi membolehkan ianya juga masuk ke dalam hutan membawa penumpang tanpa pelepasan satu pun karbon daripada sistem ezkos.

BACA : ROLLS-ROYCE SPECTRE DEBUT DI MALAYSIA, 584HP, HARGA BERMULA RM2 JUTA

BACA : ROLLS-ROYCE SPECTRE 2023 – KERETA ELEKTRIK PERTAMA RR

Google ads

B K

Back to top button