Buletin

GR VIOS CHALLENGE PUSINGAN KEDUA SAJI AKSI EPIK, RAIH 3.7 JUTA PENONTON

Kejuaraan GR Vios Challenge pada 3 dan 4 Jun lalu menyajikan perlumbaan epik apabila seramai 45 para pelumba bersaing untuk merebut kejuaraan dalam kelas masing-masing, Super Sporting Class, Sporting Class, Rookie Class serta Promotional Class.

Disiarkan secara langsung di www.toyota.co.my/tgrmalaysia dan platform sosial media Toyota Gazoo Racing Malaysia, bekas pelumba Rookie, Sharique Zulqarnain, menarik perhatian ramai, bermula di petak depan pada Race 2 namun gagal bermula dengan baik.

Peluang itu diambil oleh Kenneth Koh (Panglima City Racing Team) untuk menguasai litar dan diikuti Bradley Benedict Anthony (Crestmax Motorsport) di tempat ketiga dan Aaron Haikal (Distinctive Model) di tempat keempat.

Walaubagaimanapun Sharique terus tercicir selepas tiga pusingan dan Bradley memenangi perlumbaan Sporting Class hanya 0.6 saat di depan Koh dan diikuti Aaron di tempat ketiga.

Bagi Super Sporting Class, Naquib Azlan (Axle Sport) berada posisi pertama sementara Freddi Ang (Telagamas Toyota) dan Hayden Haikal masing-masing di tempat kedua serta ketiga.

Memasuki pusingan kedua, Hayden pula mengetuai perlumbaan sebelum berlaku insiden pada pusingan ketujuh dan bendera merah dinaikkan, perlumbaan dihentikan.

Ketika perlumbaan berbaki dua pusingan, Putera kekal mendominasi, diikuti oleh Ang di tempat kedua, manakala Mitchell Cheah di tempat ketiga.

Dalam Rookie Class, ia dimenangi oleh Elson Lew sementara Iman Danish dan Azriel Azhar terpaksa berpuas hati berada di tempat kedua dan ketiga.

Untuk Promotional Class, perlumbaan selebriti ini dihentikan dengan bendera merah selepas hanya tiga pusingan kerana Shukry Yahaya berpusing di laluan lurus utama, memasuki laluan Hefny Sahad.

Sebaik sahaja perlumbaan dimulakan semula, Zizan Razak terus mara 1.8 saat di depan Ezzrin Loy, dengan Ahirine Ahirudin di tempat ketiga.

Pusingan ketiga dan terakhir GR Vios Challenge akan diadakan serentak dengan Toyota Gazoo Racing festival di lokasi sama, iaitu Litar Antarabangsa Sepang pada 29 September hingga 1 Oktober depan.

Untuk rekod, menerusi atas talian, Race 2 ini berjaya menarik seramai 3.7 juta penonton.

Google ads
Back to top button