TIM HYUNDAI MOTORSPORT & TOYOTA GAZOO RACING TAYANG JENTERA RALLY1 BAHARU MEREKA
Musim FIA World Rally Championship (WRC) 2023 bakal bermula hujung minggu ini. Dua pasukan utama telah pun memperkenalkan jentera Rally1 masing – masing bagi menghadapi saingan yang dijangka kekal sengit buat dua pasukan utama ini.
Pasukan Hyundai Motorsport menjadi pasukan utama yang memperkenalkan jentera baharu bagi musim 2023 minggu sudah. Tengok gaya livery nampak macam sama. Padahal memang sama pun. Senang betul rekaan Copy & Paste ini. Sebenarnya memang begitulah rekaan livery pasukan Hyundai Motorsport ini. Bertahun tahun lamanya seakan sama, dengan tema warna yang sama. Cuma adalah perubahan kecil tambahan warna itu ini di hujung badan sana sini.
Tetapi untuk musim WRC 2023 ini, jentera Hyundai i20 N Rally1 ini telah menerima sedikit perubahan pada rekaan bahagian Wing. Sudah ianya merupakan penambaikan terhadap aerodinamik jentera ini. Senang cakap, lebih mudah nak potong angin.
Untuk perlumbaan pembukaan Thierry Neuville yang memasuki tahun ke 10 bersama pasukan Hyundai Motorsport bakal mengetuai pasukan disamping rakan sepasuskan yang baharu, Esapekka Lappi yang berpindah dari pasukan Toyota Gazoo Racing. Untuk jentera ketiga, ianya bakal dipandu oleh Dani Sordo yang hanya akan memandu secara separuh masa sahaja. Ini bermakna, untuk perlumbaan pembukaan ini, pasukan Hyundai Motorsport bakal membariskan tiga pemandu yang berpengalaman untuk mengutip masa maksimum.
Manakala pasukan kedua yang memperkenalkan jentera Rally1 adalah Toyota Gazoo Racing. Nampaknya, teknologi Copy & Paste sekali lagi diterima pakai oleh Pereka Grafik Toyota Gazoo Racing. Memang sama macam livery musim sudah. Perkara sebegini sebenarnya akan memberikan sedikit rasa boring kepada peminat yang menantikan jentera bahau setiap kali permulaan musim.
Sama seperti jentera Hyundai, Toyota GR Yaris Rally1 ini turut menerima perubahan aerodinamik terutamanya pada corong udara di kiri dan kanan yang kini telah lenyap dari pandangan mata. Nampak lebih kemas. Rekaan baharu turut diaplikasikan pada Wing untuk mendapatkan downforce yang sepatutnya ketika memecut laju.
Pasukan Toyota Gazoo Racing seperti biasa akan membariskan pasukan terkuat mereka untuk perlumbaan di Monte Caro dengan diketuai juara WRC, Kalle Rovanpera, Elfyn Evans dan juga Sebastian Ogier untuk mengutip mata penting.
Manakala pasukan M-Sport Ford, masih lagi belum mendedahkan livery mereka bagi musim 2023. Dijangkakan akan ada perubahan pada livery jentera Ford Puma Rally1 mereka, sejajar dengan penaja peribadi yang turut dibawa oleh barisan pemandu mereka.
Di Monte Carlo, M-Sport bakal membariskan Ott Tanak selaku pemandu harapan untuk mengutip mata serta podium disamping pemandu muda Pierre-Louis Loubet. Kita tunggu aksi hujung minggu ini bagaimana.
BACA : WRC 2023 – APA YANG BOLEH KITA JANGKAKAN UNTUK MUSIM BAHARU INI?
BACA : PASUKAN TOYOTA & HYUNDAI SUDAH BERSEDIA DENGAN BARISAN PELUMBA BAGI WRC MUSIM 2023