
YAMAHA NMAX 155 2021 DAPAT WARNA BAHARU ICON DAN POWER GREY. HARGA SAMA RM8,998 SEUNIT
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan dua warna baharu untuk skuter popularnya, NMAX 155. Disember tahun lalu, HLYM melancarkan model facelift NMAX 155 ke pasaran tempatan.
Jentera yang ditawarkan pada harga RM8,998 seunit itu kini hadir dengan dua tona kelabu dikenali sebagai Power Grey dan Icon Grey. Senang cakap, beza di antara kedua-duanya ialah satu lebih gelap berbanding satu lagi, selain ditambah dengan sedikit grafik.
Lihat kepada NMAX Icon Grey, ia menggunakan warna kelabu matte cerah yang kelihatan seperti Nardo Grey seperti kereta Audi. Ia dibezakan lagi menerusi grafik berwarna biru pada bahagian bawah huruf 155 dan NMAX. Rim juga menerima warna biru Yamaha.

Sementara NMAX dengan warna Power Grey pula kelihatan lebih gelap tanpa sebarang grafik. Sekali pandang, warna itu seperti sama dengan warna pada XMAX. Rim pula diwarnakan hitam sahaja.
Skuter ini menggunakan khidmat enjin enjin empat lejang SOHC dengan sistem penyejukan cecair Blue Core Yamaha berkuasa 15.4PS dan tork 13.9Nm.
Sebagi antara pemilik terawal NMAX 155, saya memang berpuas hati dengan prestasi skuter ini. Cuma yang kurangnya ialah jentera itu tidak dilengkapi sistem brek ABS. Model facelift pun sama.
- BACA: YAMAHA NMAX SKUTER RASMI PADDOCK MOTOGP
- BACA: BELI YAMAHA NMAX BERNILAI RM8,742, GUNA 31 BEG PLASTIK BERISI SYILING
- BACA: YAMAHA LANCAR NMAX FACELIFT 2020. ENJIN 155CC VVA, SISTEM START/STOP. TIADA ABS, Y-CONNECT. BERMULA RM8,998
- BACA: APA PENDAPAT ANDA JIKA BEGINI RUPA YAMAHA NMAX FACELIFT
GALERI