Artikel Pilihan

GUARD RAIL KITA TAK SESUAI UNTUK BAS, EV DAN SUV?

Jika anda perasan, pengguna jalan raya pada hari ini lebih menggemarkan SUV, SUV elektrik dan pada masa yang sama menggunakan pelbagai jenis kenderaan awam yang tinggi termasuklah 4×4 dan juga bas. Namun tak semua orang sedar bahawa kenderaan yang tinggi datang dengan pusat graviti yang tingg

Berikut ialah anggaran ketinggian pusat graviti (center of gravity, CoG) untuk pelbagai jenis kenderaan biasa. Angka ini berdasarkan data teknikal, kajian automotif, dan beberapa maklumat pengeluar.

1. Kereta Sedan Biasa – Toyota Corolla, Honda Civic CoG: ± 500 – 600 mm. Sedan direka rendah untuk stabiliti dan aerodinamik.

2. MPV (Multi-Purpose Vehicle)- Toyota Innova, Perodua Alza, Honda BR-V. CoG: ± 600 – 700 mm. MPV lebih tinggi dari sedan kerana reka bentuk tinggi & ruang kabin besar.

3. SUV (Sport Utility Vehicle) – Honda CR-V, Proton X70, Toyota Fortuner. CoG: ± 650 – 750 mm. SUV moden ada CoG lebih rendah dari SUV dulu sebab guna platform crossover (monocoque).

4. Tesla Model 3 – Sedan EV CoG: ± 450 mm. EV direka angat rendah, sebab bateri di bawah lantai. Lebih rendah dari sedan biasa.

5. Tesla Model Y- SUV/Crossover EV. CoG: ± 600 mm. Walaupun tinggi macam SUV, CoG lebih rendah dari SUV biasa kerana pek bateri besar di bawah.

6. Bas setingkat CoG:-±1000mm ke 1200mm

7. Bas 2 tingkat CoG-±1200mm ke 1600mm

Ketinggian pusat graviti banyak mempengaruhi dinamik pengendalian kerana semakin rendah pusat graviti, kereta menjadi lebih stabil semasa mengambil selekoh dan juga mengurangkan risiko terbalik. Malah olengan cesi kenderaan juga jauh lebih minima apabila pusat graviti berada lebih rendah

Sebaliknya jika pusat graviti kenderaan berada tinggi dari permukaan jalan seperti SUV dan juga 4×4, ini menyebabkan berat lebih tertumpu di bahagian tinggi yang seterusnya menyebabkan risiko olengan cesi. Keadaan ini juga menyumbang kepada risiko untuk terbalik sewaktu mengambil selekoh

Dan ini membawa kepada persoalan seterusnya, adalah guardrail yang dipasang di jalanraya Malaysia selamat untuk semua kenderaan?

Soalan ini juga merupakan soalan yang sangat kritikal untuk keselamatan jalan raya seperti laluan Grik–Jeli (FT4) yang berbukit, berselekoh tajam dan tinggi risikonya. Guardrail di kawasan seperti ini direka untuk mengelak kenderaan (termasuk bas) daripada tergelincir terus ke gaung dan menyerap tenaga hentaman dan mengarah kenderaan kembali ke jalan atau memperlahankan impak.

Spesifikasi Anggaran untuk guardrail standard (W-beam) adalah sekitar± 750 mm dari tanah ke atas rail Guard rail (atau disebut juga sebagai pengadang jalan) yang digunakan di Malaysia mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh JKR (Jabatan Kerja Raya) dan piawaian antarabangsa seperti MS, AASHTO dan EN.

Jenis paling biasa digunakan adalah W-Beam Guardrail. Berikut ialah spesifikasi umum dan teknikal guard rail di Malaysia berdasarkan (Standard JKR & AASHTO M180) :

Beam (W-Beam)Ketebalan: 3.0 mm atau 2.67 mm (US standard)
Panjang: 4 meter (biasanya)
Bahan: Hot Dip Galvanised Steel
TiangJenis: “C” channel atau tiang bulat
Tinggi: 1.52 meter (5 kaki) sebelum dipacak
Jarak antara tiang: 2 meter (standard spacing)
Bahan: Galvanized steel
Height dari paras tanah ke atas beam~750 mm (±50 mm)
Spacer / BlockoutSaiz: ~150 mm tebal
Material: Kayu keras atau besi tergalvani
Bolt dan NutGalvanized, M16 atau mengikut spesifikasi JKR

Namun jika anda perasan, ketinggian guard rail ini adalah sekitar 750mm, sesuai untuk kereta biasa, MPV, SUV, dan juga SUV elektrik. Apabila kenderaan ini terbabas dan melanggar guar rail, daya akan bertindak pada pusat graviti yang berada pada ketinggian berbeza untuk setiap kenderaan

Pada ketinggian 750mm, kemungkinan besar guard rail tidak boleh bertindak dengan efisyen pada kereta elektrik sedan (CoG 450mm), bas setingkat (CoG:-±1000mm ke 1200mm) dan juga bas 2 tingkat ( CoG-±1200mm ke 1600mm)

Guard rail direka untuk “menangkap” atau memperlahankan kenderaan pada pusat graviti. Namun sesetengah kereta elektrik dengan pusat graviti yang rendah akan menyelinap di bawah guard rail seperti yang ditunjukan dalam video di bawah

Jadi adakah SUV Elektrik atau SUV biasa lebih selamat jika melanggar guard rail? Jawapan pendek “belum tentu”. Ini kerana SUV petrol dan SUV elektrik datang dengan berat yang lebih tinggi (2.67 tan) bagi Rivian dalam video di bawah menunjukkan momentum yang terhasil boleh menembusi guard rail dengan senang sebelum dihentikan oleh halangan konkrit

Bagi kenderaan awam seperti bas setingkat, pusat garviti (CoG) bas setingkat adalah jauh lebih tinggi sekitar ± 1,000 – 1,200 mm daripada permukaan jalan. Guardrail W-beam biasa (750 mm tinggi) tidak cukup tinggi untuk menyekat bas disebabkan pusat graviti yang lebih tinggi

Jadi bila bas melanggar guard rail, bas hanya terkena bahagian bawah bas seperti skirting atau tayay bas yang boleh menyebabkan bas boleh terguling atau terjungkit.

Untuk mencegah overturning atau terjunam, guard rail perlu berinteraksi dengan badan utama bas, bukan hanya bahagian bawah bas sahaja. Bagi kenderaan berat, Concrete barrier (Jersey barrier) atau halangan logam yang direka lebih tinggi adalah lebih sesuai untuk jalan berisiko tinggi seperti Lebuh Raya Karak atau Jalan Raya Timur Barat.

Bagi jalan raya yang berisiko tinggi, sistem yang lebih selamat adalah Concrete Jersey Barrier dengan ketinggian antara 1.1–1.3 m, atau steel barrier dengan high post dengan ketinggian melebihi 1.1 m dari permukaan adalah lebih sesuai untuk kenderaan berat.

Malah keadaan tanah dan sistem saliran yang baik adalah perlu untuk memastikan tanah tidak mendap apabila Concrete Jersey Barrier dipasang. Di Eropah dan Jepun, kawasan berbukit tinggi menggunakan high-containment barrier (kelas H4b) yang diuji menahan impak bas 13–18 tan pada 70–100 km/j.

Di Malaysia, banyak guardrail masih ikut spesifikasi lama MS 932 (W-beam standard, 750 mm) yang tak mencukupi untuk laluan berisiko tinggi. Tragedi kemalangan bas baru-baru ini sepatutnya menjadi satu iktibar kepada semua pihak terutama pihak berwajib dalam menyediakan prasarana jalan raya yang lebih selamat untuk semua pengguna jalan

Google ads
Back to top button