Buletin

GWM BUKA PUSAT PEMBELAJARAN EV DI KOLEJ TEKNIKAL CHONBURI – TINGKAT KEMAHIRAN PELAJAR VOKASIONAL

Great Wall Motor (GWM) baru-baru ini membuka Pusat Pembelajaran Kenderaan Elektrik di Kolej Teknikal Chonburi. Usaha tersebut turut mendapat sokongan daripada Pejabat Suruhanjaya Pendidikan Vokasional.

Kerjasama tersebut akan memberi peluang untuk membangunkan kemahiran dan keupayaan untuk pelajar vokasional, manakala guru akan mempunyai peluang untuk meningkatkan serta melengkapkan kurikulum mereka.

Menurut GWM, mereka akan menyediakan kenderaan elektrik ORA untuk menyokong pendidikan praktikal di pusat itu sekaligus melengkapkan generasi muda dengan kemahiran penting.

Selain itu, GWM juga menandatangani memorandum persefahaman mengenai tenaga kerja vokasional EV untuk pengeluaran dan pembangunan di bawah seliaan Jawatankuasa Kecil Sektor Awam-Swasta.

GWM menyatakan bahawa inisiatif tersebut bersesuaian dnegan misi dan kesediaan syarikat untuk menjadi peneraju EV selain memacu transformasi Thailand menjadi hab pembuatan dan eksport EV di Asean.

Sejak masuk ke Thailand beberapa tahun lalu, GWM kini aktif dalam aktiviti dan kerjasama dengan pelbagai agensi dan sekolah termasuk usahasama dengan Pridi Banomyong International College of Thammasat University, bertujuan untuk menawarkan peluang, pengalaman praktikal dalam industri kenderaan elektrik kepada pelajar sarjana muda.

Sementara, kerjasama dengan Pejabat Suruhanjaya Pendidikan Vokasional dan Universiti Teknologi Mahanakorn pula bertujuan untuk mengkaji, mereka bentuk serta menghasilkan peralatan latihan kenderaan moden daripada kenderaan penumpang.

Inisiatif itu juga meliputi kolej vokasional teknologi berasaskan sains lain di bawah seliaan Pejabat Suruhanjaya Pendidikan Vokasional.

Google ads
Back to top button