Buletin

MISTERI KERETA HILANG, DILARIKAN KE THAILAND – POLIS THAILAND BOLEH BANTU TAPI ADA ‘PENGERAS’ RM12K

Dua warga Malaysia yang merupakan pemilik perkhidmatan kereta sewa di Kuala Lumpur, mendakwa polis Thai telah meminta rasuah sebanyak RM12,977 untuk membantu mencari kereta mereka yang dilarikan ke Thailand.

Mangsa yang bernama Zack, berkata, dia mengesan sistem GPS keretanya pada pukul 10 malam pada hari itu dan mendapati ia masih berada di Malaysia. Bagaimanapun keesokan paginya, Zack mendapati keretanya sudah berada di wilayah Narathiwat, selatan Thailand.

Tambah Zack, lebih malang lagi, selepas laporan dibuat kepada polis di Thailand, seorang pegawai menyuruhnya mencari pekhidmatan menunda dan mendapatkan sendiri kereta tersebut. Pegawai itu juga mengatakan bahawa kereta sewa itu adalah salah di sisi undang-undang.

Tidak lama kemudian, lokasi kereta mangsa telah berubah. Dia mendapati keretanya diletakkan di rumah orang berpengaruh di daerah Sadao di wilayah Songkhla.

Zack dan isterinya memutuskan untuk pergi ke daerah Sadao dan menjejaki kereta itu sebelum menghubungi Polis Diraja Thai dari Balai Polis Sadao untuk meminta bantuan.

Nafas lega mangsa tidak bertahan lama apabila pihak polis Thailand meminta RM3,000 sebagai ‘hadiah’ sekiranya dia mahu keretanya kembali dan memandu pulang ke Malaysia.

Zack bersetuju untuk membayar sebelum mendapati kamera pemuka, tayar ganti dan karpet lantai kereta telah ditanggalkan.

Sebelum ini, The Star turut melaporkan kisah seorang lagi mangsa, Fatima. Fatima memberitahu The Star bahawa dia meletakkan keretanya di rumah sebelum mendapati keretanya hilang dan dipandu secara misteri ke Narathiwat.

Fatima mendakwa pegawai Polis Thai telah meminta RM10,000 untuk mendapatkan semula keretanya. Pegawai tersebut mengancam untuk menjual kenderaan itu sekiranya tidak membuat transaksi pembayaran dalam masa 30 minit.

Menurut Fatima, plat pendaftaran kereta telah ditukar dan antena radio juga ditanggalkan. – Thaiger

Google ads
Back to top button