Buletin

MITSUBISHI TRITON 2024 DIKESAN DI THAILAND, BILA NAK LANCAR TU?

Akaun Facebook MZ Crazy Cars telah memuat naik beberapa keping gambar Mitsubishi Triton 2024 yang dikesan sedang diuji di Thailand.

Memandangkan ASEAN dan Oceania merupakan pasaran utama Mitsubishi, ia dijangka dilancarkan tidak lama lagi selepas pandu uji dilaksanakan.

Seperti ditunjukkan dalam gambar, Triton 2024 kelihatan lebih besar serta luas berbanding Triton semasa, iaitu berukuran 1,815mm lebar dan 103mm lebih kecil berbanding Ford Ranger.

Di bahagian hadapan, terdapat gril lebih besar yang dipadankan dengan lampu utama terpisah. Manakala bahagian tepi terdapat garisan dari bahagian cermin sisi hingga ke arah pintu belakang.

Menurut laporan, Triton akan didatangkan dengan “enjin diesel generasi akan datang”. Terdapat juga banyak perbualan mengenai elektrifikasi, memandangkan Mitsubishi menerajui pembangunan hibrid plug-in.

Ketua jurutera Outlander, Kentaro Honda memberitahu CarExpert tahun lepas bahawa segala-galanya sudah tersedia untuk Triton generasi baharu.

Kentaro Honda juga berkata Mitsubishi sedang mengkaji sistem paling sesuai untuk Triton, sama ada PHEV atau hibrid yang menggunakan komponen serupa tetapi dengan bateri lebih kecil.

Tahun lepas, Triton merupakan kenderaan ketiga terlaris di Australia dengan 27,436 unit, di belakang Ranger yang mencatat jualan 47,479. Toyota HiLux pula berjaya mencatat hasil jualan sebanyak 64,391 unit untuk mendahului D-Max serba baharu dengan 24,336 unit.

GALERI:

Google ads
Back to top button