Buletin

GWM HAVAL H2 PADAT CIRI MENARIK

GO Auto Sales Sdn. Bhd. (GO Auto) yang bertanggungjawab membawa kenderaan jenama GWM dari China ke pasaran tempatan melakukan prebiu model terbaharunya, Haval H2.  

GWM-Haval-H2-preview-mekanika (3)

Dipamerkan pada acara ASEAN Auto Show 2015 yang berakhir pada malam ini di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan Selangor, Haval H2 dilihat berjaya menarik perhatian ramai.

Tarikan itu didorong oleh spesifikasi yang ditawarkan oleh Haval H2. Sebagai SUV segmen C yang bersaing dengan model-model senior seperti Mazda CX-5, Honda CR-V, Ki Sportage dan Hyundai Tucdon, ia bukanlah perkara mudah untuk Haval H2.

GWM-Haval-H2-preview-mekanika (2)

Namun, dengan harga yang kompetitif dan spesifikasi lebih menarik, ia mungkin boleh mengubah tanggapan pengguna terhadap SUV ini.

GWM-Haval-H2-preview-mekanika (4)

Haval H2 dikuasakan oleh unit enjin DVVT dengan pengecas turbo bersesaran 1,500cc (katanya daripada Mitsubishi). Kuasa maksimum 110kW dan tork 210Nm daripada itu kemudian disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear automatik enam kelajuan.

GWM-Haval-H2-preview-mekanika (5)

Untuk memberikan pengendalian terbaik, jentera ini menggunakan suspensi topang MacPherson tunggal pada roda hadapan dan multi-link di belakang.

Sebagaimana yang saya katakan tadi, Haval H2 dipasang dengan ciri yang cukup lengkap. Sebagai contoh, lampu utama jenis halogen didatangkan dengan fungsi follow me home, lampu kabus depan belakang, lampu nyalaan siang dan penggilap cermin automatik.

GWM-Haval-H2-preview-mekanika (8)

Kualiti kemasan pada bahagian kabin SUV ini juga mengejutkan. Selain tempat duduk dan stereng kuasa dibalut kulit, pemandu dihidangkan dengan sistem audio dengan skrin sentuh bersaiz 3.5 inci, pendingin hawa automatik dua zon, sunroof kawalan elektrik, lampu ambien, butang penghidup enjin, dan banyak lagi.

GWM-Haval-H2-preview-mekanika (1)

Dari segi keselamatan, Haval H2 dilengkapi enam beg udara, brek cakera pada keempat-empat roda, ESP, ABS, EBD, cermin pandang belakang anti silau elektronik, kamera dan radar ketika mengundur serta sistem pemantau tekanan tayar (TPMS).

GWM-Haval-H2-preview-mekanika (7)

Ketika ditanya mengenai harga, kakitangan GO Auto memberitahu pihaknya sedang membuat ‘kaji selidik’ dengan pengunjung tentang berapa harga Haval H2 yang sepatutnya.

GWM-Haval-H2-preview-mekanika (9)

Bakal diperkenalkan pada awal tahun depan, Haval H2 hadir dalam lapan warna termasuklah merah, hitam, putih perak, coklat dan kelabu. Ada minat?

Google ads
Back to top button