Buletin

MAZDA MX-5 SPORT RECARO EDISI TERHAD

Mazda United Kingdom (UK) baru-baru ini memperkenalkan Mazda MX-5 Sport Recaro edisi terhad.

Mazda-MX-5-Sport-Recaro-Mekanika (7)

Dibina berasaskan kepada varian MX-5 Sport Nav, roaster yang dipacu oleh enjin bersesaran 2.0 liter itu hanya dihadkan kepada 600 unit sahaja. Peningkatan gayaan sporty dapat dilihat dengan jelas pada bahagian luaran dan dalamannya.

Dihasilkan untuk para penggemar kereta sports, MX-5 Sport Recaro menggunakan kit Brilliant Black Sports Aero. Ia merangkumi spoiler hadapan, belakang dan skirting sisi. Sementara cermin sisi berwarna hitam dan rim aloi bersaiz 17 inci dengan ukiran logo X-5 melengkapkan lagi penampilannya.

Mazda-MX-5-Sport-Recaro-Mekanika (9)

Di bahagian kabin, panel papan pemuka dibalut dengan kulit Alcantara, pedal aloi dan karpet lantai yang unik. Rasa premium itu ditingkatkan lagi dengan tempat duduk Recaro dengan upholsteri Alcantara. Selain jahitan benang merah pada papan pemuka, brek tangan dan tuil gear.

Spesifikasi varian Sport Nav membolehkan MX-5 Sport Recaro dilengkapi lampu utama LED, radio DAB, Integrated Bluetooth®, sistem bunyi Bose, MAD Connect, sistem infotainmen dengan paparan skrin sentuh bersaiz tujuh inci dan Multimedia Commander.

Mazda-MX-5-Sport-Recaro-Mekanika (1)

MX-5 Sport Recaro turut memanfaatkan talaan dinamik suspensi sports peredam Bilstein, limited slip differential (LSD) dan strut tower bar.

Mazda-MX-5-Sport-Recaro-Mekanika (3)

Ini merupakan versi edisi terhad MX-5 yang pertama ditawarkan di UK. Nombor sirinya akan dilekatkan pada bahagian tengah kotak penyimpanan barang.

Google ads
Back to top button