
TOYOTA WOW ROAD TOUR
Selepas kejayaan pusingan pertama Toyota WOW Road Tour tahun ini, UMW Toyota Motor meneruskan ke pusingan kedua jelajah. Kali ini tersedia tawaran lebih menarik buat pengunjung.
Bertemakan ‘WOW is Back 2 Excite’ jelajah sudah bermula pada 10 Oktober lalu di Pulau Pinang dan akan berakhir di Sabah pada 15 November hadapan.
Pelanggan yang membeli model kenderaan Toyota pada jelajah tersebut layak menerima baucar eService RM500 dan berpeluang memenangi Toyota Camry Hibrid. Pemilik Toyota juga boleh melakukan pemeriksaan secara percuma dengan 38 poin penyelenggaraan.
Bagi memeriahkan karnival itu, Toyota menganjurkan pelbagai aktiviti menarik. Antaranya, pameran kereta Toyota, Toyota Drift Taxi Ride dengan 86, Vios Drift dan Urban Off-Roader serta peluang memandu uji model Toyota.
Selain itu, cabutan bertuah harian yang menawarkan 40 baucar membeli-belah bernilai RM200 turut diadakan. Bagi ibu bapa yang membawa anak kecil juga tidak perlu bimbang. Toyota ada menyediakan ruang Kids Fun Zone dengan pelbagai aktiviti menarik.
Berikut ialah jadual Toyota WOW Road Tour seterusnya:
Tarikh | Lokasi | Masa |
10-11 Okt | Juru Auto City, Pulau Pinang | 11am – 11pm |
23-24 Okt | RTC-TEMAN, Kota Bharu, Kelantan | 10am – 10pm |
24-25 Okt | Linear Park, Johor Bahru | 10am – 10pm |
7-8 Nov | Setia City Convention Centre, Shah Alam | 10am – 10pm |
7-8 Nov | Padungan Community Hall, Kuching, Sarawak | 10am – 8pm |
14-15 Nov | Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu | 10am – 8pm |