Buletin

HARGA RON95 & RON97 KEKAL. DIESEL TURUN 3 SEN, RM1.40 SELITER

Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan hari ini mengumumkan bahawa harga bahan api RON95 dan RON97 kekal seperti minggu lalu iaitu RM1.25 dan RM1.55 seliter 

Sementara harga runcit bagi diesel pula turun sebanyak 3 sen daripada RM1.43 kepada RM1.40 seliter. Semua harga tu berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Kementerian tersebut juga berkata harga runcit produk petroleum berkenaan bermula pada 25 April hingga 1 Mei depan.

Ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Google ads
Back to top button