BuletinMotosikal

HARIJADI ROSSI KE-40. INI KEJAYAAN BELIAU SEPANJANG BERLUMBA

Hari ini, pelumba Yamaha Valentino Rossi genap usianya mencecah 40 tahun. Dalam kancah perlumbaan kelas premier MotoGP, beliau merupakan pelumba tertua yang beraksi di litar.

Dalam kelas itu juga, Rossi berlumba untuk musim yang ke-24. Meskipun prestasi beliau turun naik sejak beberapa tahun lepas, ia tidak sedikitpun melunturkan semangatnya untuk terus berkhidmat untuk Yamaha.

“Saya sudah tandatangani kontrak dua tahun (2019 – 2020) bersama Yamaha. Saya belum putuskan samada ini adalah kontrak terakhir kerana ada beberapa perkara yang harus saya selesaikan sebelum bersara,” Ujar The Doctor.

Rossi merupakan antara pelumba yang dihormati dalam eranya. Meskipun mencetuskan beberapa kontroversi, beliau tetap mendapat pujian pelumba lain.

Dovizioso berpendapat, “Saya gembira bila Rossi terus berlumba. Beliau masih kompetitif. Tanpa beliau, perlumbaan pastinya berbeza. Saya juga kagum dengan kesungguhan beliau pada tahap perlu bersaing dengan pelumba yang jauh lebih muda dan bertenaga”

Walaupun sering bertelagah dengan seterunya Marc Marquez, namun Marc tetap menghormati Rossi sebegai pelumba senior.

“Apa yang dilakukan Rossi sewaktu Sepang Winter Test sesuatu yang habus dikagumi. Meskipun dengan suhu mencecah 36 darjah, beliau masih mampu bekerja keras. Saya juga berharap akan mempunyai kekuatan seperti beliau apabila mencecah usia sebegitu”

Sepanjang 24 tahun berlumba. Rossi telah mencatat pelbagai kejayaan. Berikut ialah senarai ringkas prestasi dan kejayaan beliau.

  • 382 PERLUMBAAN = 322 dalam kelas 500cc & MotoGP, 30 dalam kelas 250cc, dan 30 perlumbaan dalam kelas 125cc
  • 115 KEJUARAAN = 89 dalam kelas 500cc & MotoGP, 14 dalam kelas 250cc dan 12 dalam kelas 125cc
  • 65 2nd PODIUM = 59 dalam kelas 500cc & MotoGP, 5 dalam kelas 250cc dan 1 dalam kelas 125cc
  • 52 3rd PODIUM = 48 dalam kelas 500cc & MotoGP, 2 dalam kelas 250cc dan 2 dalam kelas 125cc
  • 232 PODIUM = 196 dalam kelas 500cc & MotoGP, 21 dalam kelas 250cc, 1 dalam kelas 125cc
  • 65 POLE PPOSITION = 55 dalam kelas 500cc & MotoGP, 5 dalam kelas 250cc, 5 dalam kelas 125cc
  • 95 PUSINGAN TERPANTAS = 75 dalam kelas 500cc & MotoGP, 11
    dalam kelas 250cc, 9 dalam kelas 125cc
  • 6,070 mata = 5128 dalam kelas 500cc & MotoGP, 510 dalam kelas 250cc, 432 dalam kelas 125cc
  • 9 KEJUARAAN DUNIA = 7 dalam kelas 500cc & MotoGP, 1 dalam kelas 250cc, 1 dalam kelas 125cc


Google ads
Back to top button