
HARLEY-DAVIDSON YAKIN IDEA KERJA DARI RUMAH, TIDAK KURANGKAN PRODUKTIVITI PEKERJA
Ketika pandemik Covid-19 melanda, begitu banyak kekangan terjadi terutamanya untuk pekerja. Begitu ramai tidak bernasib baik sehingga kehilangan pekerjaan. Sekiranya nasib anda sebaliknya, anda boleh bekerja dari rumah, meskipun banyak pro dan kontra bekerja dari rumah.
Harley-Davidson salah satu syarikat yang membenarkan pekerjanya bekerja dari rumah dan menutup sementara ibu pejabat di Milwaukee pada 2020 akibat pandemik global. Kini, kompleks tersebut akan dibuka semula, namun pekerja masih dibenarkan bekerja dari rumah.
Harley-Davidson mengejutkan banyak pihak dengan pemikiran yang jauh ke hadapan. Pertama, syarikat itu menerima peralihan teknologi EV dengan menghasilkan jenama LiveWire. Kini, Harley menerima sepenuhnya konsep bekerja dari rumah yang lebih fleksibiliti dan terbuka.

Ketua Pegawai Eksekutif Harley Davidson, Jochen Zeitz membuat kesimpulan bahawa kerja jarak jauh tidak mengurangkan produktiviti daripada kerja di pejabat. Dasar bekerja dari rumah Harley-Davidson adalah faedah menarik untuk bakal pekerja, di mana pembuat motosikal itu perlu untuk meneruskan jenama LiveWire.
Zeitz telah pun merekrut jurutera daripada syarikat EV seperti Rivian dan Tesla. Oleh itu, dasar kerja dari rumah oleh syarikat teknologi/automatif adalah sesuatu yang menarik.
Kemudahan penyelidikan dan pembangunan LiveWire berada di Silicon Valley. Sementara kejuruteraan serta pembangunan produk berada di Milwaukee dan kilang pemasangan di York, Pennsylvania.
Zeitz mengakui bekerja secara peribadi dengan orang lain masih perlu. Tetapi, tujuan kerja secara bersemuka mestilah jelas. Jika tidak, apa gunanya?
Sungguh ironi apabila sebuah syarikat motosikal yang dilabel sebagai kuno mahu melaksanakan berkerja dari rumah. Ini nyata sangat berbeza dengan syarikat lain seperti Apple dan Tesla yang bermegah kerana mempunyai tempat kerja moden, tetapi pekerja masih terperangkap dalam kubikel di pejabat.
- BACA: HARLEY DAVIDSON STRAP TANK BERUSIA 114 TAHUN. DIJUAL PADA HARGA RM1.2 JUTA
- BACA: PENGEDAR HARLEY DAVIDSON NAK BAGI MOTOSIKAL PERCUMA
- BACA: HARLEY DAVIDSON MEMPERKENALKAN BARISAN MODEL 2021 DI PASARAN MALAYSIA
- BACA: INILAH HARLEY DAVIDSON FAT BOB KUSTOM LEGENDA MARADONA. TENGOK PUN BOLEH AGAK PEMILIKNYA